Hadis Sahih: Saudah Menghadiahkan Hari-harinya bersama Rasulullah kepada Aishah
Imam Muslim
bin al-Hajaj (206-261H) dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami
oleh Zuhair bin Harb, daripada Jarir, daripada Hisyam bin `Urwah, daripada
bapanya, daripada Aisyah, beliau berkata:
مَا رَأَيْتُ امْرَأَةً أَحَبَّ إِلَيَّ أَنْ أَكُونَ فِي
مِسْلَاخِهَا مِنْ سَوْدَةَ بِنْتِ زَمْعَةَ، مِنِ امْرَأَةٍ فِيهَا حِدَّةٌ،
قَالَتْ: فَلَمَّا كَبِرَتْ، جَعَلَتْ يَوْمَهَا مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَائِشَةَ، قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، قَدْ جَعَلْتُ
يَوْمِي مِنْكَ لِعَائِشَةَ، «فَكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، يَقْسِمُ لِعَائِشَةَ يَوْمَيْنِ، يَوْمَهَا وَيَوْمَ سَوْدَةَ»
Aku tidak
pernah melihat seorang wanita yang aku sangat suka berada pada kulitnya berbanding
Saudah binti Zam`ah, daripada seorang wanita yang mempunyai hiddah. Beliau
meneruskan kata-kata: Apabila Aisyah telah dewasa, beliau telah menjadikan
hari-harinya bersama Rasulullah untuk Aisyah. Dia telah berkata: “Wahai
Rasulullah, aku telah menjadikan (memberikan) hari-hari aku bersamamu kepada Aisyah.” Lalu
Rasulullah membahagikan kepada Aisyah dua hari, satu hari untuknya (apabila
tiba gilirannya sendiri) dan hari (yang diberikan) Saudah.
Perkataan:
Imam
an-Nawawi (631-676H) di dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan maksud (حدة) Hiddah (marah, gelora,
kasar) : Aisyah (58H) tidak memaksudkan daripada kata-kata itu untuk mengaibkan
Saudah (54H). Bahkan, beliau mahu menjelaskan sifat Saudah yang mempunyai jiwa yang
kental serta kesungguhan yang tulen. Inilah yang dimaksudkan dengan al-Hiddah.
Pengajaran:
- Hadis ini menjelaskan bahawa hubungan antara Saudah dan Aisyah sangat rapat. Bahkan Aishah dan Saudah masing-masing menyayangi antara satu sama lain.
- Aisyah telah mengenali Saudah sejak kecil.
- Seorang wanita yang hidup di dalam dunia poligami boleh menyerahkan hari-harinya kepada isteri yang lain jika dia mahu. Namun pelaksanaan serahan itu hendaklah dipersetujui oleh suami kerana ia adalah hak mereka berdua. Bukan hak isteri sahaja.
- Rasulullah telah membahagikan hari-hari bersama isteri-isteri baginda berdasarkan pandangan daripada isteri baginda. Justeru itu, keluarga yang berpoligami hendaklah menjadikan isu ini sebagai contoh.
- Rasulullah bersama Aisyah pada hari yang telah ditetapkan untuknya. Kemudian Rasulullah bersama lagi Aishah pada hari yang ditetapkan untuk Saudah. Inilah yang difahami oleh Imam an-Nawawi. Imam an-Nawawi juga menyatakan bahawa Mazhab asy-Syafii melarang menyambung-nyambung (al-Muwallah) hari yang telah dihadiahkan melainkan dengan redha semua isteri yang lain. Sebahagian ulama Syafiie berpendapat ia harus tetapi ia pendapat yang lemah.
WallahuA`lam.