Hadis Dhoif: Rasulullah Membelai Isterinya
Imam Ahmad bin Hanbal dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Suraij, diceritakan kepada kami oleh Ibnu Abi Az-Zinad, daripada Hisham bin `Urwah, daripada bapanya, daripada Aishah, beliau berkata:
«كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ
يَوْمٍ إِلَّا وَهُوَ يَطُوفُ عَلَيْنَا جَمِيعًا امْرَأَةً امْرَأَةً، فَيَدْنُو
وَيَلْمِسُ مِنْ غَيْرِ مَسِيسٍ، حَتَّى يُفْضِيَ إِلَى الَّتِي هُوَ يَوْمُهَا،
فَيَبِيتَ عِنْدَهَا»
Tidak ada hari bagi Nabi SAW melainkan akan
mengelilingi isteri-isteri baginda seorang demi seorang. Baginda SAW menghampiri
dan membelai tanpa menyetubuhi hinggalah Baginda SAW sampai ke rumah isteri
yang masa gilirannya, kemudian dia bermalam di situ.
(HR Ahmad
di dalam Musnad Ahmad, bilangan: 24765)
Kualiti
Hadis:
Syeikh
Syu`aib al-Arnaouth menyatakan isnad hadis ini Dhoif. Ibnu Abi Az-Zinad –
dia ialah Abdul Rahman – telah meriwayatkan secara bersendirian sedangkan dia
adalah perawi yang tidak boleh meriwayatkan secara bersendirian. Baki perawi di
dalam isnad ini adalah dipercayai dan menjadi perawi bagi Syaikhain (Imam
al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka) melainkan Suraij – dia ialah
Ibnu an-Nu`man, dia adalah perawi al-Bukhari sahaja.