Istilah Bagi Kualiti Hadis
1.Sahih: Suatu hadis yang diambil daripada
- Perawi yang benar-benar adil,
- Kuat hafalan,
- Rangkaian sanadnya bersambung,
- Tiada kecacatan (al-`Ilal) pada perawi,
- dan tiada sifat ragu-ragu (Syaz).
Inilah
syarat hadis-hadis yang disusun di dalam buku Sahih Al-Bukhari dan Sahih
Muslim.
Hujah: Boleh disebarkan dan dibuat hujah.
2. Hasan: Suatu hadis yang mempunyai syarat yang sama
dengan hadis sahih tetapi perawinya lemah sedikit dalam ingatan.
Hujah: Boleh disebarkan dan dibuat hujah.
3. Dhoif: Suatu hadis yang tidak memenuhi ciri-ciri
hadis Sahih dan Hasan.
Hujah: Tidak boleh dibuat hujah melainkan pada perkara kelebihan melakukan sesuatu amalan yang telah wujud amalan itu melalui rujukan yang sahih. Jika menyebarkannya hadis lemah hendaklah disebut, "Dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda..."
4. Terlalu Dhoif: Suatu hadis yang mempunyai ciri-ciri hadis
Dhoif tetapi ia menghampiri kepada kepalsuan. Hadis seperti ini tidak boleh
diamalkan.
Hujah: Tidak boleh dibuat hujah sekalipun dalam isu kelebihan amalan. Jika menyebarkannya hendaklah disebut kedhoifannya dan dilabel, "Dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda..."
5. Palsu: Hadis ini menyandarkan suatu kenyataan kepada
Nabi Muhammad SAW sedangkan ia adalah satu pembohongan dan pendustaan.
Hujah: Tidak boleh dibuat hujah sekalipun dalam isu kelebihan amalan. Jika menyebarkannya hendaklah disebut kepalsuannya dan dilabel, "Dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda...