Hadis Sahih: 3 Golongan Mendapat 2 Pahala
Rasulullah SAW bersabda:
ثَلاَثَةٌ لَهُمْ أَجْرَانِ:
رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الكِتَابِ، آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالعَبْدُ المَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللَّهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ،
وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا، وَعَلَّمَهَا
فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا، ثُمَّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا فَلَهُ أَجْرَانِ
Terdapat
tiga jenis manusia yang akan diberi dua pahala.
- Seseorang daripada ahli kitab (iaitu Kristian atau Yahudi), yang beriman kepada nabinya, kemudian beriman kepada Muhammad SAW,
- Hamba yang menunaikan hak Allah dan hak majikannya.
- Lelaki yang mempunyai hamba wanita, dia mendidiknya lalu memperelokkan didikan kepadanya, kemudian mengajarnya serta memperelokkan ajaran kepadanya, kemudian dia membebaskan wanita itu lalu menikahinya. Maka dia beroleh dua pahala.
______________
Perawi Tertinggi: Abu Musa al-Asy`ari (Bapa
kepada Abu Burdah) | Muhaddis: Al-Bukhari | Kitab: Sahih
al-Bukhari | No. Ruj: 97 | Kualiti Menurut Muhaddis: Hadis ini sahih.