Maksud Hadis Matruk atau Matruk al-Hadis
Matruk
adalah salah satu daripada martabat perawi hadis. Ia juga salah satu daripada kategori hadis Dhoif ditahap kritikal.
Para ulama hadis menisbahkan perawi Matruk apabila mahu menghidarkan orang daripada menggunakan hadis yang diambil daripada jalan perawi berkenaan. Ini berikutan dia ditohmah sebagai berbohong.
Para ulama hadis menisbahkan perawi Matruk apabila mahu menghidarkan orang daripada menggunakan hadis yang diambil daripada jalan perawi berkenaan. Ini berikutan dia ditohmah sebagai berbohong.
Di dalam
Tadribul Rawi menyebutkan: “Apabila para ulama hadis berkata Matruk al-hadis
atau ragu-ragu (wahiyah) atau Kazzab (penipu) maka ia gugur dan tidak ditulis
hadisnya.”
Tetapi
tidak memadai jika hanya beberapa orang sahaja yang mengatakan perawi itu
Matruk lalu dia terus dilabel Matruk. Syaratnya, hendaklah kebanyakkan ahli
hadis mengatakan perawi berkenaan matruk, barulah sesuai dia dilabel Matruk.
Sekiranya
tidak ramai yang mengatakan dia matruk, maka memadailah menyebutnya dengan Daif
sahaja.
WallahuA`lam.