Hadis Terlalu Dhoif: Hikmah Adalah Tinggalan Orang Mukmin
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya berkata: Diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin `Umar bin al-Walid al-Kindi, berkata diceritakan kepada kami oleh Abdullah bin Numair, daripada Ibrahim bin al-Fadhl, daripada Sa`id al-Maqbari, daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda:
Kalimah hikmah adalah barang tinggalan orang beriman. Jadi siapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak keatasnya.
At-Tirmizi berkata: Hadis ini Gharib (ganjil), kami tidak mengetahuinya melainkan daripada bentuk (sanad) ini. Ibrahim bin al-Fadhl al-Makhzumi pula didhaifkan daripada sudut hadis atas (kelemahan) hafalannya.
(HR at-Tirmizi dalam Sunan: 2687)
Pangkat Hadis: Terlalu Lemah kerana kelemahan Ibrahim bin al-Fadhl.
Pandangan Ulama terhadap Ibrahim bin al-Fadhl:
«الكَلِمَةُ الحِكْمَةُ ضَالَّةُ المُؤْمِنِ، فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا»: «هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الوَجْهِ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ الْفَضْلِ الْمَخْزُومِيُّ يُضَعَّفُ فِي الحَدِيثِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ»
Kalimah hikmah adalah barang tinggalan orang beriman. Jadi siapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak keatasnya.
At-Tirmizi berkata: Hadis ini Gharib (ganjil), kami tidak mengetahuinya melainkan daripada bentuk (sanad) ini. Ibrahim bin al-Fadhl al-Makhzumi pula didhaifkan daripada sudut hadis atas (kelemahan) hafalannya.
(HR at-Tirmizi dalam Sunan: 2687)
Pangkat Hadis: Terlalu Lemah kerana kelemahan Ibrahim bin al-Fadhl.
Pandangan Ulama terhadap Ibrahim bin al-Fadhl:
- Imam an-Nasaie dalam kitab Ad-Dhu`afa’ wal Matrukin berkata: Ibrahim bin al-Fadhl adalah Matruk.
- Imam al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir berkata: Munkarul Hadis
- Ibnu Hibban dalam Al-Majruhin berkata: Ibrahim bin Fadhl adalah seorang yang banyak salah (dalam meriwayatkan hadis).