Home
» Popular Tetapi Tidak Sahih
» Hadis Dhoif: Perbualan Rasulullah & Muaz Sebelum diutus ke Yaman
Hadis Dhoif: Perbualan Rasulullah & Muaz Sebelum diutus ke Yaman
Sanad: HS `Affān, HS Syu`bah, AB Abu `Aun, beliau berkata: Aku mendengar al-Hāris bin `Amrū anak saudara al-Mughirah bin Syu`bah bercerita, daripada seorang rakyat Hims yang merupakan sahabat Mu`az, daripada Mu`az, katanya:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَذَكَرَ: " كَيْفَ تَقْضِي إِنْ عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ؟ " قَالَ: أَقْضِي بِكِتَابِ اللهِ. قَالَ: " فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللهِ؟ " قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ قَالَ: " فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سَنَةِ رَسُولِ اللهِ؟ " قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو. قَالَ: فَضَرَبَ صَدْرِي فَقَالَ: " الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَا يُرْضِي رَسُولَهُ "
Ketika Nabi Muhammad SAW mahu mengutuskan Mu`az ke Yaman, baginda bertanya: Bagaimanakah kamu akan berhukum apabla datang kepadamu suatu masalah? Beliau menjawab: Aku akan berhukum dengan Kitabullah (Al-Quran). Soal Nabi lagi: Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Kitabullah? Maka Mu`az menjawab: Maka aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah SAW. Soal baginda lagi: Bagaimana pula jika ia tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Aku akan berijtihad dengan pandanganku dan tidak akan melampau. Kemudian Mu`az bercerita; Setelah itu, Rasulullah menepuk dadaku sambil berkata: Segala puji hanya bagi Allah yang telah membuat sepakat utusan Rasulullah yang menjadikan rasul-Nya redha.
Rekod Hadis: Hadis ini direkodkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad, bilangan: 22100 dengan sanad seperti yang disebutkan. Ia juga direkodkan dengan sanad yang lain daripada Imam Ahmad dan Imam yang lain juga. Tetapi di dalam setiap sanad yang dikemukakan, pastinya ada perawi majhul.
Status hadis: al-Syeikh Syu`aib al-Arnauth di dalam ta`liq ke atas musnad Ahmad menyatakan hadis ini dhoif. Katanya: Isnadnya Dhoif kerana kesamaran sahabat Mu`az serta kemajhulan al-Haris bin `Amrū. Al-‘Uqaili di dalam Adh-Dhu’afa berkata, “Al-Bukhari berkata, ‘Hadis tersebut tidak sahih dan tidak diketahui kecuali mursal”. Setelah membawakan hadis di atas di dalam Sunan at-Tirmizi, Abu ‘Isa At-Tirmizi berkata, “Kami tidak mengetahui hadis ini kecuali melalui jalur ini. Menurutku, sanadnya tidak bersambung”.