Hadis Munkar: Tempat Tinggal Iblis
Disebutkan sebuah hadis yang disebarkan di media
sosial bahawa Rasulullah bercerita tentang Iblis yang meminta tempat tinggal
kepada Allah, sepertimana Allah memberikan tempat tinggal kepada anak Adam
untuk berada di bumi.
Hadis tersebut seperti berikut:
"Ya Allah,,adam dan keturunannya Engkau
beri tempat tinggal di bumi,,maka berilah pula aku tempat tinggal..!!"
Kata Iblis..Allah berfirman,,"Tempat tinggalmu adalah kamar mandi atau
tandas" (HR. Bukhari)
Wallahua'lam, tidak ditemui hadis ini di dalam Sahih al-Bukhari
ataupun di dalam kitab-kitab hadis yang lain. Tetapi hadis yang mirip dengannya
di temui di dalam rekod ath-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir no.7837.
Hadis tersebut daripada Abu Umamah bahwa Nabi SAW
bersabda :
إِنَّ إِبْلِيسَ لَمَّا أُنْزِلَ إِلَى الْأَرْضِ قَالَ: يَا رَبِّ
أَنْزَلْتَنِي إِلَى الْأَرْضِ، وَجَعَلْتَنِي رَجِيمًا أَوْ كَمَا ذَكَرَ فَاجْعَلْ
لِي بَيْتًا، قَالَ: الْحَمَّامُ.
"Sesungguhnya Iblis ketika
diturunkan ke bumi, dia berkata "Ya Tuhanku! Engkau telah menurunkanku ke
dunia dan menjadikan aku terkutuk, maka dimanakah tempat kediamanku?" maka
Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab : "Bilik air." ...... [hingga
akhir hadis]
Hadis ini sangat munkar,
sebagaimana disebutkan oleh al-Albani di dalam Silsilah adh-Dha'ifah no.
6054. Al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya 3/42 menyebutkan sanadnya sangat lemah.
WallahuA`lam.