Hadis Sahih: al-Malhamah al-Kubro
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Asalamualaikum Ustaz, saya mahu bertanya. Hadis
apakah yang menyebutkan tentang perang al-Malhamah al-Kubro? Adakah ia sahih?
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh.
Hadis tentang malhamah kubra (peperangan terbesar
pada akhir zaman) adalah sahih dan diriwayatkan di dalam pelbagai kitab hadis
terutamanya di dalam bab fitan dan malahim. Maka bolehlah dirujuk
di sana.
Antara hadisnya ialah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( لَا تَقُومُ السَّاعَةُ
حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ
مِنْ الْمَدِينَةِ مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ فَإِذَا تَصَافُّوا قَالَتْ
الرُّومُ خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ فَيَقُولُ
الْمُسْلِمُونَ لَا وَاللَّهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا فَيُقَاتِلُونَهُمْ
).
رواه مسلم ( 2897)
"Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah
tentera Rom turun di kawasan a'maq atau dabiq (kawasan di bumi Syam). Maka
tentera dari Madinah di kalangan manusia terbaik di muka bumi pada hari itu
keluar menuju mereka. Apabila mereka berada di dalam barisan masing-masing,
tentera Rom berkata: “Bukalah jalan antara kami dan orang yang telah merampas
(harta, keluarga) kami agar kami dapat memerangi mereka.” Maka kaum muslimin
berkata: “Tidak demi Allah! Kami tidak akan membuka jalan antara kamu dan
saudara-saudara kami!” Lalu mereka memerangi mereka (musuh).
wallahu a'lam
Tarikh: 30/7/2015