Hadis Sahih: Lelaki Yang Memberi Anjing Minum
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Abdullah bin Yusuf, diberitakan kepada kami oleh Malik,
daripada Sumay, daripada Abi Soleh, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW
berkata:
" بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ،
فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ
يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي
بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى
الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ
اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: «فِي كُلِّ كَبِدٍ
رَطْبَةٍ أَجْرٌ»
Ketika seorang lelaki berjalan,
dia telah berasa dahaga. Lalu dia masuk ke dalam sebuah perigi dan meminum air
daripadanya. Kemudian dia keluar. Tiba-tiba dia terlihat seekor anjing sedang
menjelir-jelir dan menjilat tanah lembap kerana dahaga. Lalu dia berkata:
Anjing ini telah merasai apa yang telah aku rasai sebentar tadi.
Setelah itu dia memenuhkan air
di dalam kasutnya, kemudian dia memegangnya dengan kedua-dua mulutnya. Kemudian
memanjat. Lantas memberi anjing tersebut minum. Allah berterima kasih kepada
lelaki tersebut lalu mengampuninya.
Para sahabat berkata: Wahai
Rasulullah, sekiranya kami berbuat baik kepada haiwan, adakah kami akan
mendapat balasan kebaikan? Rasulullah bersabda: Pada setiap hati yang lembut,
pastinya mendapat pahala.”
(HR al-Bukhari, di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 2363)