Hadis Sahih: Kisah Wahsyi Masuk Islam
Imam At-Tabrani dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Ahmad bin Ali al-Abbar, diceritakan kepada kami oleh Ishaq bin
al-Arkun, diceritakan kepada kami oleh Abain bin Sufyan, daripada `Ata’
daripada Ibnu `Abbas, beliau berkata:
Rasulullah SAW pergi berjumpa Wahsyi bin Harb,
lelaki yang membunuh Hamzah r.a. untuk mengajaknya masuk Islam. Wahsyi berkata,
يَا مُحَمَّدُ، كَيْفَ تَدْعُونِي إِلَى دِينِكَ، وَأَنْتَ
تَزْعُمُ أَنَّ مَنْ قَتَلَ أَوْ أَشْرَكَ أَوْ زَنَا يَلْقَ أَثَامًا يُضَاعَفُ
لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَيَخْلُدُ فِيهِ مُهَانًا، وَأَنَا قَدْ
صَنَعْتُ ذَلِكَ؟ فَهَلْ تَجِدُ لِي مِنْ رُخْصَةٍ؟
‘Wahai Muhammad, bagaimana engkau akan
mengajakku masuk Islam sedangkan engkau sendiri pernah berkata bahawa seorang
pembunuh, musyrik, dan penzina, dia telah terjatuh ke dalam dosa dan akan
menerima azab yang berlipat ganda serta kekal di neraka dalam keadaan hina.
Sedangkan semua itu telah aku lakukan. Apakah menurutmu ada keringanan bagiku
atas dosa-dosaku itu?’
Sebagai jawapannya, Allah menurunkan ayat ini:
{إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا
صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمُ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللهُ
غَفُورًا رَحِيمًا} [الفرقان: 70]
“Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan
mengerjakan amal soleh; Maka kejahatan mereka itu diganti Allah dengan
kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Furqan 25:
70)
Wahsyi berkata lagi,
يَا مُحَمَّدُ، هَذَا شَرْطٌ شَدِيدٌ
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا، فَلَعَلِّي لَا أَقْدِرُ
عَلَى هَذَا
‘Wahai Muhammad, syarat ini (taubat, beriman
dan beramal soleh) amat berat, tidak mungkin aku dapat memenuhinya.’
Allah SWT menurunkan ayat:
{إِنَّ اللهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ
بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ} [النساء: 48]
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa
syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisa’ 4: 48)
Maka Wahsyi berkata,
يَا مُحَمَّدُ أَرَى بَعْدَ مشيئةٍ
فَلَا أَدْرِي يُغْفَرُ لِي أَمْ لَا فَهَلْ غَيْرُ هَذَا؟
‘Wahai Muhammad, aku fikir keampunan ini hanya
bagi orang yang dikehendaki Allah, sedangkan aku tidak mengetahui apakah aku
ini diampuni atau tidak oleh Allah. Apakah selain ini juga masih ada
keringanan?’
Lalu Allah s.w.t. menurunkan ayat:
{يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى
أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ
جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ} [الزمر: 53]
“Katakanlah: ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa
daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” (Az-Zumar 39:
53)
Kemudian Wahsyi berkata,
هَذَا فَجَاءَ
‘Kalau yang begitu, aku boleh.’
Maka dia pun masuk Islam. Orang ramai lantas
bertanya kepada Rasulullah,
: يَا رَسُولَ اللهِ، إِذَا أَصَبْنَا مَا
أَصَابَ وَحْشِيٌّ، قَالَ: «هِيَ لِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً»
‘Wahai Rasulullah, kami juga telah melakukan
dosa yang sama seperti yang telah dilakukan oleh Wahsyi, apakah ayat ini
berlaku untuk kami juga?’ Nabi s.a.w. menjawab, ‘Ya, ayat ini untuk setiap
orang Islam’.”
(HR At-Tabrani di dalam Mu`jam
al-Kabir, bilangan: 11480)