Hanya masukkan sebahagian kandungan hadis pada kotak di bawah.
Istilah-istilah Asas dalam Ilmu Hadis - INHAD
- al-Hadis: Apa-apa yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. dari segi kata-kata, perbuatan, persetujuan (dengan diam atau tidak membantah), sifat-sifat fizikal wajah dan tubuh badan, atau ciri-ciri peribadi, perangai, dan perawakannya sama ada sumber itu dinyatakan berlaku sebelum baginda dilantik secara rasmi sebagai Nabi atau pun sebelum itu.
- al-Sunnah (السنة): Sinonim hadis seperti definisi di atas
- al-Khabar (الخبر): Sinonim juga dengan hadis tetapi ada juga yang mengatakan, ia antonim hadis - bukan dari Nabi s.a.w., satu lagi
- berpendapat ia lebih umum dari hadis - termasuk khabar dari Nabi s.a.w. dan selain baginda seperti dari sahabat atau ummahaat.
- al-Atsar (الأثر): Sama seperti khabar
- al-Matan (المتن): Teks hadis
- al-Sanad (السند): Rantaian pelapor kandungan sesuatu hadis
- al-Isnaad (الإسناد): Mengaitkan isi kandungan teks hadis kepada pelapornya
- al-Tariiq (الطريق): Sama maksud dengan 'sanad'
- al-Wajh (الوجه): Sama maksud dengan 'sanad', biasa digunakan oleh Imam al-Tirmizi
- al-I'tibaar (الاعتبار): Penyelidikan terhadap sanad hadis
- al-Mutaabi' (المتابع): ialah pelapor menyebut sumber yang sama pada peringkat pelapor dari kalangan sahabat dengan pelapor lain
- al-Shaahid (الشاهد جـ الشواهد): Saksi kepada laporan hadis yang sama
- al-Musnid (المسند): Ia digelarkan kepada sesiapa yang melaporkan hadis yang hanya menggunakan sanadnya
- al-Muhaddith (المحدث): Ahli hadis, pakar hadis
- al-Haafiz (الحافظ): Ahli hadis yang lebih pakar dari al-Muhaddith di mana dia mahir dalam 100 000 hadis (lengkap matan (teks) beserta sanad (rantaian pelapor hadis) dan segala yang berkaitan dengannya)
- al-Hujjah (الحجة): Ahli hadis yang lebih pakar dari al-hafiz di mana dia mahir dalam lebih drpd 300 000 hadis (lengkap matan (teks) beserta sanad (rantaian pelapor hadis) dan segala yang berkaitan dengannya)
- al-Haakim (الحاكم): Ahli hadis yang lebih pakar dari al-hujjah, biasanya para imam-imam pemimpin ilmu hadis seperti Imam al-Haakim penulis al-Mustadrak 'ala al-Sahihayni
- Amir al-Mukminin fi al-Hadith (أمير المؤمنين في الحديث): Ahli hadis yang lebih pakar dari al-haakim yang biasanya sangat mahir dan mengamati ilmu Hadis dengan sangat mendalam seperti Imam Sufyaan al-Tsauri dan Sufyaan bin 'Uyainah.
- al-Sohaabiy (الصحابي): ialah individu yang hidup dan matinya beriman, yang hidup pada zaman Nabi s.a.w. dan pernah berjumpa dengan baginda
- al-Mukhadhram (المخضرم): Seseorang yang hidup sebahagian daripada hidupnya dalam kehidupan jahiliyyah dan sebahagian lain dalam kehidupan beragama Islam semasa Nabi s.a.w. masih hidup tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengan Nabi s.a.w.
- al-Taabi' (التابع): ialah individu yang hidup dan matinya beriman, pernah berjumpa dengan sekurang-kurangnya seorang sahabat Nabi s.a.w.
- Taabi' al-Taabi'iin (تابع التابعين): ialah individu yang hidup dan matinya beriman, pernah berjumpa dengan sekurang-kurangnya seorang taabi'