Hadis Hasan: Para nabi Berkumpul di bawah Liwa' al-Hamd.
Rasulullah SAW bersabda:
أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ، وَبِيَدِي لِوَاءُ الحَمْدِ وَلَا فَخْرَ، وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي، وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الأَرْضُ وَلَا فَخْرَ
Aku ialah pimpinan anak Adam pada hari kiamat, dan ini bukanlah kesombongan. Di tanganku-lah terletak bendera sanjung puji (al-Hamd), dan ini bukanlah kesombongan. Tidak ada seorang nabi pun pada hari itu, sekalipun Adam dan lain-lain, melainkan berada di bawah benderaku. Aku ialah manusia pertama yang akan dikeluarkan daripada tanah, dan ini bukanlah kesombongan.
______________
Perawi Tertinggi: Abu Sa`id | Muhaddis:
Abu `Isa at-Tirmizi | Kitab: Sunan at-Tirmizi | No. Ruj: 3615
| Kualiti Menurut Muhaddis: Hadis ini mempunyai kisah (di sebaliknya). Hadis
ini Hasan.