Hadis Sahih: Muzammam bukan Nama Nabi SAW
Nabi SAW berkata:
أَلاَ تَعْجَبُونَ كَيْفَ يَصْرِفُ اللَّهُ عَنِّي شَتْمَ قُرَيْشٍ وَلَعْنَهُمْ، يَشْتِمُونَ مُذَمَّمًا، وَيَلْعَنُونَ مُذَمَّمًا وَأَنَا مُحَمَّدٌ
Tidakkah kamu semua hairan bagaimana Allah memalingkan diriku daripada caci maki dan laknat orang-orang Quraisy? Mereka mencela dan melaknat muzammam, sedangkan aku adalah Muhammad!
(HR al-Bukhari: 3533)
Keterangan ringkas: Kaum Quraisy Mekah yang tidak beriman mencela peribadi dengan menggelar Nabi SAW sebagai 'orang tercela-muzammam'. Tetapi gelaran itu telah disangkal dengan nama sebenar Nabi SAW iaitu Muhammad - yang terpuji.