Hadis Tanpa Sanad: "Ini adalah Solatku Yang Terakhir"
Terdapat sebuah hadis yang SAYA tidak menjumpai sanadnya. Tidak diketahui ia diambil daripada tabiin yang mana satu, daripada sahabat Nabi yang mana. Justeru itu tidak diketahui adakah ia sahih atau hasan. Apa yang saya tahu, ia sering diamalkan oleh sebahagian orang sebelum memulakan solat apabila mereka menjadi imam.
Justeru itu, jauhilah daripada menggunakan hadis yang tidak diketahui sandarannya.
Hadis tersebut ialah,
Dikatakan bahawa Rasulullah bersabda: “Laksanakanlah solat seolah-olah solat yang kalian lakukan adalah solat terakhir. Dan tatkala kalian mulai memasuki solat, katakanlah (kepada diri kalian), ini adalah solat terakhirku untuk dunia. Berusahalah seoptimal mungkin untuk merasakan bahawa syurga berada di hadapan kalian dan neraka berada di bawah kaki kalian. Izrail ada di belakang kalian, para nabi ada di sisi kanan kalian. Para malaikat ada di sisi kiri kalian. Dan Allah mengawasi kalian dari atas kepala kalian. Dengan begitu, kalian dapat memfokuskan diri dalam beribada kepada Allah, dan dijauhkan daripada gangguan Syaitan"