Hadis Dhoif: Syaitan Menyerang Rasulullah
Abdur Rahman bin Hunais menceritakan,
“Pernah terjadi pada suatu malam, para syaitan dari berbagai perkampungan dan bukit-bukit datang kepada Rasulullah saw. Antara mereka ada syaitan yang membawa api yang berkobar-kobar, syaitan itu hendak membakar wajah Rasulullah saw. Jibril turun menemui Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Muhammad. Ucapkanlah!” Rasulullah saw bertanya, “Apa yang harus aku ucapkan?” Jibril menjawab, “Ucapkanlah. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, yang tidak akan dimasuki oleh makhluk yang baik mahupun makhluk yang buruk (derhaka). Dari kejahatan apa yang diciptakan dan dijadikan-Nya. Dari kejahatan apa yang turun dari langit dan yang naik ke dalamnya. Dari kejahatan yang tumbuh di bumi dan yang keluar daripadanya. Dari kejahatan fitnah-fitnah malam dan siang, serta dari kejahatan-kejahatan yang datang di waktu malam, kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.” Maka terpadamlah api-api syaitan itu dan Allah telah mengalahkan mereka.
(HR Ahmad: 15461)
Dalam riwayat ini terdapat Ja`far bin Sulaiman - dia adalah seorang yang dhoif sekiranya meriwayatkan secara bersendirian. Imam al-Bukhari menyebutkan dalam kitab al-Isobah bahawa pada sanadnya perlu dilihat semula (فيه النظر). Al-Bukhari mengatakan bahawa Ja`far bin Sulaiman keliru dalam sebahagian hadisnya. Az-Zahabi berkata: Beliau bersendirian dalam meriwayatkan hadis-hadis yang munkar/palsu.
Wallahua`lam.
Rujukan asatizah:
جَاءَتِ الشَّيَاطِينُ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْأَوْدِيَةِ، وَتَحَدَّرَتْ عَلَيْهِ مِنَ الْجِبَالِ، وَفِيهِمْ شَيْطَانٌ مَعَهُ شُعْلَةٌ مِنْ (2) نَارٍ، يُرِيدُ أَنْ يُحْرِقَ بِهَا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: فَرُعِبَ (3) - قَالَ جَعْفَرٌ: أَحْسَبُهُ قَالَ: جَعَلَ يَتَأَخَّرُ - قَالَ: وَجَاءَ جِبْرِيلُ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ قُلْ، قَالَ: " مَا أَقُولُ؟ " قَالَ: " قُلْ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ، وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، وَذَرَأَ وَبَرَأَ (4) ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ، يَا رَحْمَنُ "، فَطَفِئَتْ نَارُ الشَّيَاطِينِ، وَهَزَمَهُمُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ
“Pernah terjadi pada suatu malam, para syaitan dari berbagai perkampungan dan bukit-bukit datang kepada Rasulullah saw. Antara mereka ada syaitan yang membawa api yang berkobar-kobar, syaitan itu hendak membakar wajah Rasulullah saw. Jibril turun menemui Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Muhammad. Ucapkanlah!” Rasulullah saw bertanya, “Apa yang harus aku ucapkan?” Jibril menjawab, “Ucapkanlah. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, yang tidak akan dimasuki oleh makhluk yang baik mahupun makhluk yang buruk (derhaka). Dari kejahatan apa yang diciptakan dan dijadikan-Nya. Dari kejahatan apa yang turun dari langit dan yang naik ke dalamnya. Dari kejahatan yang tumbuh di bumi dan yang keluar daripadanya. Dari kejahatan fitnah-fitnah malam dan siang, serta dari kejahatan-kejahatan yang datang di waktu malam, kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.” Maka terpadamlah api-api syaitan itu dan Allah telah mengalahkan mereka.
(HR Ahmad: 15461)
Dalam riwayat ini terdapat Ja`far bin Sulaiman - dia adalah seorang yang dhoif sekiranya meriwayatkan secara bersendirian. Imam al-Bukhari menyebutkan dalam kitab al-Isobah bahawa pada sanadnya perlu dilihat semula (فيه النظر). Al-Bukhari mengatakan bahawa Ja`far bin Sulaiman keliru dalam sebahagian hadisnya. Az-Zahabi berkata: Beliau bersendirian dalam meriwayatkan hadis-hadis yang munkar/palsu.
Manakala doa yang disebutkan adalah baik dan boleh diamalkan. Kerana ia tidak bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis sahih. Tetapi mendahulukan doa-doa daripada hadis yang Sahih adalah lebih utama.
Wallahua`lam.
Rujukan asatizah:
الكتاب: مسند الإمام أحمد بن حنبل
المؤلف: أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل بن هلال بن أسد الشيباني (المتوفى: 241هـ)
المحقق: شعيب الأرنؤوط - عادل مرشد، وآخرون
إشراف: د عبد الله بن عبد المحسن التركي
الناشر: مؤسسة الرسالة
الطبعة: الأولى، 1421 هـ - 2001 م
[ترقيم الكتاب موافق للمطبوع، وهو مذيل بحواشي التحقيق كاملة]