Budayakan Hadis Sahih Berbanding Hadis Dhoif
Kata Maulana Asri,
"Adalah salah satu yang diboleh dikatakan penyelewengan dalam masyarakat adalah membudayakan hadis-hadis yang Dhoif. Ini adalah satu kesilapan. Sepatutnya kita budayakan hadis-hadis yang Sahih. Yang Dhoif itu bukan suatu yang patut kita budayakan, bukan kita umumkan, sebarkan.
Paling sikit nak buatpun, yang tidak dhoif sangat itu untuk amalan sendiri sahaja, untuk Fadhoil. Itu memang ulama-ulama mengatakan boleh. Tapi kalau yang dhoif sangat, tak boleh juga. Nak tahu yang Dhoif tidak bersangatan atau tidak, itu kena belajarlah.
Walaubagaimanapun, kalau sudah ada yang sahih, kenapa kita nak pergi kepada yang Dhoif? Yang sahih itu boleh dibudayakan. Walaupun dalam bentuk zikir atau apapun. Memang patut diajar.
Tetapi dalam masyarakat, kita seringkali diajarkan, disebarkan perkara-perkara yang bukan sahaja tidak ada walaupun dalam hadis yang Dhoif, bahkan dalam hadis Dhoif pun tak ada.
Ini sebenarnya penyelewengan.
Dari hadis dhoif itu sendiri boleh disebarkan ... memang dalam kitab-kitab ada hadis yang dhoif. Ada kaedahnya hadis dhoif ini, boleh dipakai dalam perkara apa? Kes-kes jenayah umapamanya, tak boleh. Dalam aqidah, tak boleh sama sekali.
Paling tinggi untuk kelebihan. Kelebihan hafal Quran, Jadi menggalakkan kita menghafal al-Quran. Itu sahaja. Untuk peribadi. Sekadar itu sahaja.
Untuk kita pegang dan yakin, tidak boleh. Itu kedudukan hadis Dhoif."