Penciptaan Nabi Adam Alaihissalam
خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ وَطُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا، ثُمَّ قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ مِنَ المَلاَئِكَةِ، فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ، تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ، فَقَالَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ، فَقَالُوا: السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ [ص:132]، فَزَادُوهُ: وَرَحْمَةُ اللَّهِ، فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ آدَمَ، فَلَمْ يَزَلِ الخَلْقُ يَنْقُصُ حَتَّى الآنَ "
“Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berfirman, ‘Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kumpulan malaikat yang sedang duduk itu dan dengarkanlah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu.’ Lalu Adam pergi menghampiri malaikat dan mengucapkan, ‘Semoga keselamatan bersama kalian.’ Mereka menjawab, ‘Semoga keselamatan dan rahmat Allah menyertai kalian.’ Malaikat menambahkan ‘Rahmat Allah’. Setiap orang yang memasuki syurga seperti bentuk badan Nabi Adam yang tingginya enam puluh hasta. Semua makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sehingga sekarang.”
______________
Perawi Tertinggi: Abu Hurairah | Muhaddis: Muhammad bin Ismail al-Bukhari | Kitab: Sahih al-Bukhari | No. Ruj: 3326| Kualiti Menurut Muhaddis: Hadis ini Sahih.