Keistimewaan rombongan pertama masuk ke syurga
أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَلِجُ الْجَنَّةَ صُورَتُهُمْ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ لاَ يَبْصُقُونَ فِيهَا ، وَلاَ يَمْتَخِطُونَ ، وَلاَ يَتَغَوَّطُونَ أنِيَتُهُمْ فِيهَا الذَّهَبُ أَمْشَاطُهُمْ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَمَجَامِرُهُمُ الأَلُوَّةُ وَرَشْحُهُمُ الْمِسْكُ وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ الْحُسْنِ لاَ اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ ، وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوبُهُمْ قَلْبٌ وَاحِدٌ يُسَبِّحُونَ اللَّهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا.
“Rombongan pertama yang masuk syurga rupa mereka seperti bentuk bulan purnama, mereka tidak akan pernah berhingus, tidak meludah dan tidak pula membuang air besar. Alat perabot mereka di dalam syurga dibuat daripada emas, sisir-sisir mereka dibuat daripada emas dan perak, alat pemanas mereka dibuat daripada kayu cendana, peluh mereka wangi seperti minyak misik. Setiap orang daripada mereka memiliki dua isteri (bidadari) yang sumsum tulangnya dapat kelihatan daripada betis-betis mereka dan daripada sebalik daging kerana teramat cantiknya. Tidak ada perselisihan (pertengkaran) di sana dan tidak ada pula saling membenci. Hati mereka bagaikan hati yang satu yang sentiasa bertasbih pagi dan petang”
(Direkod oleh al-Bukhari, 3244)