Home » Posts filed under Puasa
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Solat yang lebih baik selepas solat fardhu & puasa yang lebih baik selepas puasa di bulan Ramadhan
«أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ»
Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat di tengah malam,
puasa yang paling baik selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan-bulan Haram.
[HR Muslim, 1163]
Pintu syurga Ar-Rayyan buat orang yang berpuasa
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، يُقَالُ: أَيْنَ الصَّائِمُونَ؟ فَيَدْخُلُونَ مِنْهُ، فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ، أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ
“Sesungguhnya di syurga ada sebuah pintu yang bernama ar-Rayyaan. Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa akan masuk syurga melalui pintu tersebut. Dikatakan kepada mereka, ‘Di mana orang-orang yang berpuasa?’ Orang-orang yang berpuasa pun masuk melaluinya. Apabila mereka sudah masuk, pintu tersebut ditutup dan tidak ada lagi seorang pun yang masuk melalui pintu tersebut.”
(Direkod oleh Muslim, 1152)
Gandaan kebaikan & puasa di sisi Allah
" كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ، الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ، قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِلَّا الصَّوْمَ، فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي "
" لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ "«وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ»“Setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia, akan dilipatgandakan dengan 10 kebaikan sehingga 700 kali ganda. Allah menjelaskan, ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untuk Diri-Ku. Dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Ini kerana manusia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana Aku. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Dan sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(Direkod oleh Muslim, 1151)
Ciri-Ciri Orang Islam
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ.
"Aku diperintahkan untuk berperang dengan manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad ialah utusan Allah, mereka dirikan solat, dan tunaikan Zakat. Sekiranya mereka melakukan perkara itu maka darah dan harta mereka dibawah perlindunganku, melainkan dengan alasan-alasan hukum Islam. Sedangkan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah."
[Direkod oleh al-Bukhari, 25]
"Aku diperintahkan untuk berperang dengan manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad ialah utusan Allah, mereka dirikan solat, dan tunaikan Zakat. Sekiranya mereka melakukan perkara itu maka darah dan harta mereka dibawah perlindunganku, melainkan dengan alasan-alasan hukum Islam. Sedangkan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah."
[Direkod oleh al-Bukhari, 25]
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)