Gandaan kebaikan & puasa di sisi Allah
" كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ، الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ، قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِلَّا الصَّوْمَ، فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي "
" لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ "«وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ»“Setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia, akan dilipatgandakan dengan 10 kebaikan sehingga 700 kali ganda. Allah menjelaskan, ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untuk Diri-Ku. Dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Ini kerana manusia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana Aku. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Dan sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(Direkod oleh Muslim, 1151)