Home » All posts
Hadis Dhoif: 7 Golongan Allah Tidak Mahu Melihat Mereka Pada hari Kiamat
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Bagaimana status hadith ini?
Sahih atau tak? Jika sahih, saya mahu sebarkan. Terima kasih.
“Ada 7 golongan manusia yg Allah tidak akan
melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan
Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama
orang-orang yg dimasukkan ke dalamnya. 7 golongan tersebut ialah:
1. Orang yg melakukan homoseks
2. Orang yg melakukan kahwin tangan (onani)
3. Orang yg melakukan hubungan seks dengan binatang
4. Orang yg melakukan hubungan seks melalui dubur
(liwat)
5. Orang yg berkahwin antara ibu dan anak
6. Orang yg berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yg mengganggu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani)
#Hadith ini pula ialah hadith hasan lizatihi dan al-Hakim
menyatakan bahawa hadis ini adalah hadith yg sahih pada sanadnya.
Jika ustaz ada huraian detail dan panjang tentang
hadis ini, mohon diberikan. Kerana saya perlukan ulasan yg panjang untuk
berpegang kepada hadith ini
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh.
❶
Teks hadis ini dalam bahasa Arab:
قال جعفر الفريابي:
حدثنا قتيبة، حدثنا ابن لهيعة، عن عبد الرحمن بن زياد بن أنعم، عن أبي عبد الرحمن الحبلي،
عن عبد الله بن عمرو، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة لا ينظر الله إليهم
يوم القيامة ولا يزيكيهم، ويقول: ادخلوا النار مع الداخلين: الفاعل والمفعول به، والناكح
يده، وناكح البهيمة، وناكح المرأة في دبرها، وجامع بين المرأة وابنتها، والزاني بحليلة
جاره، والمؤذي جاره حتى يلعنه.
❷
Hadis ini didhaifkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Al-Ahadith
Al-Dhaifah Wa Al-Maudhuah (no 319, 490/1). Di dalam sanadnya ada dua perawi
yang lemah iaitu Ibnu Lahi'ah dan Abdur Rahman Bin Ziyad Alafriqi.
❸
Hadis ini ada diriwayatkan daripada jalan-jalan yang lain, tetapi semuanya
lemah.
❹
Boleh rujuk Irwa' Al-Ghalil oleh al-Albani (no 2401, 58/8, Maktab
Islami, Tahqiq: Zuhair Syawisy). Di sana ada perbahasan yang lebih panjang.
Wallahu a'lam
Tarikh: 30/7/2015
Soalan: Benarkah Rasulullah Pernah Menjadi Makmum Abu Bakar?
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Asalamualaikum Ustaz yang dihormati, Semoga Allah
swt menambahkan keberkatan masa dan ilmu Ustaz yang dihormati. Soalan saya
berkenaan sebuah bab "Rasulullah SAW bersembahyang di belakang
(berimamkan) Abu Bakar ra." Adakah hadis berkenaan di dalam perkara ini?
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh. Baarakallahu
fiikum.
Boleh lihat fathul bari oleh Ibn Hajar dan Ibn Rajab
dalam isu Rasulullah bersolat di belakang Abu Bakar.
Memang ada riwayat bahawa Rasulullah bersolat di
belakang Abu Bakar. Cumanya adakah Rasulullah pernah bersolat sempurna di
belakang Abu Bakar? Ini yang diperselisihkan oleh ulamak.
Namun ada sebahagian ulamak yang berpendapat
bahawa Rasulullah pernah bersolat penuh di belakang Abu Bakar semasa sakit
Rasulullah sebelum wafat.
Antara hujah mereka ialah hadis Anas bahawa solat
terakhir yang dilaksanakan oleh Rasulullah bersama kaum (para sahabat) ialah di
belakang Abu Bakar dalam keadaan memakai hanya sehelai kain. (Ahmad, no 12617,
60/29, Muassasah Risalah, tahqiq: Syuaib Al-Arnauth)
Takhrij detil boleh dilihat di sana.
Sebahagian ulamak berpendapat bahawa ada ketika
Rasulullah bersolat penuh di belakang Abu Bakar, dan ada ketika Rasulullah
bersolat separuh sebagai makmum kepada Abu Bakar dan menyempurnakan separuh
yang lain sebagai imam sebagaimana dalam riwayat al-Bukhari.
Pendapat ini dipilih kerana Rasulullah sakit
untuk tempoh beberapa hari (hampir seminggu) dan bukan hanya tempoh sehari dua.
Ini sebagaimana yang dipilih oleh Ibn kathir, dan dinuqilkan dari as-Syafiie.
Untuk lebih detil, boleh rujuk Fathul Bari oleh Ibn
Rajab dan Ibn Hajar.
wallahu a'lam
Tarikh: 30/7/2015
Hadis Sahih: al-Malhamah al-Kubro
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Asalamualaikum Ustaz, saya mahu bertanya. Hadis
apakah yang menyebutkan tentang perang al-Malhamah al-Kubro? Adakah ia sahih?
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh.
Hadis tentang malhamah kubra (peperangan terbesar
pada akhir zaman) adalah sahih dan diriwayatkan di dalam pelbagai kitab hadis
terutamanya di dalam bab fitan dan malahim. Maka bolehlah dirujuk
di sana.
Antara hadisnya ialah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( لَا تَقُومُ السَّاعَةُ
حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ
مِنْ الْمَدِينَةِ مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ فَإِذَا تَصَافُّوا قَالَتْ
الرُّومُ خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ فَيَقُولُ
الْمُسْلِمُونَ لَا وَاللَّهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا فَيُقَاتِلُونَهُمْ
).
رواه مسلم ( 2897)
"Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah
tentera Rom turun di kawasan a'maq atau dabiq (kawasan di bumi Syam). Maka
tentera dari Madinah di kalangan manusia terbaik di muka bumi pada hari itu
keluar menuju mereka. Apabila mereka berada di dalam barisan masing-masing,
tentera Rom berkata: “Bukalah jalan antara kami dan orang yang telah merampas
(harta, keluarga) kami agar kami dapat memerangi mereka.” Maka kaum muslimin
berkata: “Tidak demi Allah! Kami tidak akan membuka jalan antara kamu dan
saudara-saudara kami!” Lalu mereka memerangi mereka (musuh).
wallahu a'lam
Tarikh: 30/7/2015
Bukan Hadis: Doa Bismillah fi khanzillah
Penyoal: Tidak diketahui
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Asalamualaikum Ustaz, apakah status hadis berikut: "Apabila masukkan sesuatu ke dalam uncang, (bacalah): Bismillah fi khanzillah). Apabila keluarkan sesuatu daripada uncang, (bacalah): Bismillahi min khanzillah."
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh. Saya tak pernah ketemui kenyataan sebegini dalam bentuk hadis.
Tarikh: 30/7/2015
Asatizah: Ustaz Nasaie Hanaffie
Soalan:
Asalamualaikum Ustaz, apakah status hadis berikut: "Apabila masukkan sesuatu ke dalam uncang, (bacalah): Bismillah fi khanzillah). Apabila keluarkan sesuatu daripada uncang, (bacalah): Bismillahi min khanzillah."
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh. Saya tak pernah ketemui kenyataan sebegini dalam bentuk hadis.
Tarikh: 30/7/2015
Hadis Sahih: Ular yang Boleh Dibunuh
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: HSni Abdullah bin Munir, beliau mendengar Abu an-Nadhr,
HS Abdurrahman – dia ialah anak Abdullah bin Dinar, daripada bapanya, daripada
Abu Soleh, daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
" مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ،
مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ، لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ
القِيَامَةِ، يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ - يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ - يَقُولُ: أَنَا
مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ "
“Sesiapa yang dikurniakan harta berlimpah,
namun tidak mengeluarkan zakatnya, maka kelak pada hari kiamat, hartanya bakal
menjelma menjadi ular A`ra’ (ular jantan bertanduk) ia memiliki dua taring.
Ular itu akan melilit dan memakan manusia yang tidak membayar zakat dengan
kedua rahangnya, sambil berkata, ‘Aku adalah hartamu.’
Selepas menceritakan kisah tersebut, Rasulullah
s.a.w. melantunkan ayat al-Quran, “Sekali-kali janganlah manusia-manusia yang bakhil
dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya menyangka
bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk
bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu nanti akan dikalungkan di lehernya
di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah segala warisan (yang ada) di langit dan di
bumi. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Ali ‘Imran : 180)
(HR Al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 4565)
Hadis Sahih: Anjuran Membunuh Ular
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: HS Abdullah bin Muhammad, HS Hisyam bin Yusuf, HS
Ma`mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim, daripada Ibnu Umar
radhiyallahuanhuma, beliau mendengar Nabi SAW berkhutbah di atas mimbar dengan
berkata:
«اقْتُلُوا الحَيَّاتِ، وَاقْتُلُوا ذَا الطُّفْيَتَيْنِ
وَالأَبْتَرَ، فَإِنَّهُمَا يَطْمِسَانِ البَصَرَ، وَيَسْتَسْقِطَانِ الحَبَلَ»
Bunuhlah ular-ular, khususnya Zu Tufyatain dan
al-Abtar. Kerana kedua-duanya dapat merabunkan pandangan serta menyebabkan
keguguran janin.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 3297)
Zu Tufyatain: Ular bergaris putih belakangnya
Al-Abtar: Ular berekor pendek
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
