Home » Posts filed under palsu
Showing posts with label palsu. Show all posts
Hadis Palsu: Kelebihan Puasa Khusus Nisfu Sya`ban
Baru-baru
ini tersebar di media sosial hadis galakan puasa Nisfu Syaaban secara khusus
dengan lafaz berikut:
إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها
وصوموا نهارها...
Apabila datangnya malam Nisfu Syaaban maka hidupkanlah malamnya dan
puasalah pada siang harinya...
Justeru orang ramai mula bertanya saya tentang statusnya kerana ia dibaca oleh seorang yang bergelar syeikh. Sebelum saya jawab status hadis ini, saya ingin tegaskan beberapa perkara:
1. Perbincangan ini adalah perbincangan ilmiah. Seeloknya ia tidak didasari dengan emosi dan kebencian. Bahkan ia mesti didasari dengan sikap homat dan kasih sayang kerana masing-masing mencari kebenaran.
2. Saya tidak akan membincangkan soal kelebihan malam Nisfu Syaaban kerana ada hadis lain yang menghuraikan kelebihan malam tersebut. Saya hanya ingin fokus kepada riwayat ini sahaja. Adakah ia sahih dari mulut baginda Nabi sallallah alaih wasallam?
3. Setiap anggapan bahawa artikel ini menghalang orang beribadat mestilah dijauhi kerana saya hanya ingin membincangkan status hadis sahaja.
4. Saya akan menghuraikan status hadis berdasarkan fakta yang dibawa oleh ulama hadis.
Baiklah,
sekarang saya akan nyatakan status hadis ini. Hadis ini adalah hadis riwayat
Ibn Majah dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Hadis ini PALSU. Ini kerana
dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abu Bakar bin Abdullah bin Abi
Sabrah.
Berikut
adalah komentar ulama Jarh wa Taadil terhadap kredibiliti beliau:
❶Ahmad bin Hanbal: Pemalsu hadis dan pendusta. Hadisnya tiada nilai.
❷Kata Ibn al-Madini: Daif, perawi hadis munkar (Munkar al-Hadith)
❸Kata al-Bukhari: Daif, perawi hadis munkar (Munkar al-Hadith)
❹Kata Ibn Maien: Pemalsu Hadis
❺Kata al-Nasaie: Matruk (perawi yang ditinggalkan riwayatnya)
❻Kata Ibn Hibban: Beliau meriwayatkan hadis palsu (dan menyandarkannya kepada perawi tsiqah), tidak halal meriwayatkan darinya dan berhujah dengannya sama sekali.
❼Kata Ibn ‘Adiyy: Beliau antara pemalsu hadis.
(Lihat:
al-Nasaie, al-Dhuafa’ wa al-Matrukin, hlm. 114, Ibn Hibban, al-Majruhin, jld.
2, hlm. 407, Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa Taadil, jld. 7, hlm. 306, al-Khatib
al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld. 14, hlm. 370-371, Ibn ‘Adiyy, al-Kamil fi
al-Dhu’afa’, jld. 7, hlm. 297, al-Zahabi, Mizan al-I’tidal, jld. 4, hlm. 503-504,
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Tahzib al-Tahzib, no. perawi: 138)
Maka jelaslah bahawa beliau dikategorikan sebagai pendusta yang memalsukan hadis. Tambahan pula hadis ini diriwayatkan dari jalur beliau sahaja.
Cuma
saya ingin jelaskan beberapa perkara di sini:
Pertama: Perbezaan Penilaian Antara Imam Bukhari, Ibn al-Madini dan Majoriti Ulama Jarh wa Taadil.
1. Penilaian al-Bukhari dan Ibn al-Madini ke atas beliau sebagai daif sebenarnya tidak bercanggah dengan pandangan yang menyatakan beliau pendusta. Ini kerana pandangan al-Bukhari dan Ibn al-Madini dianggap mujmal (tidak dinyatakan sebab kedaifan) manakala pandangan majoriti ulama Jarh wa Taadil pula mufassar. Mengikut kaedah ilmu Jarh wa Taadil, pandangan mufassar lebih utama untuk dipegang kerana pengkritik perawi ini mengetahui sebab kedaifannya.
2. Tambahan pula, Imam Bukhari juga diriwayatkan menyatakan bahawa beliau munkar al-Hadith. (Lihat: Ibn ‘Adiyy, al-Kamil fi al-Dhu’afa’, jld. 7, hlm. 296) Tambahan pula istilah Munkar al-Hadith di sisi Imam Bukhari membawa maksud seseorang perawi yang tidak halal kita meriwayatkan hadisnya (daif berat). (Lihat: al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, jld. 1, hlm. 349). Ini mengukuhkan lagi pandangan majority ulama Jarh wa Taadil terhadap kredibiliti perawi bernama Abu Bakar bin Abdillah bin Abi Sabrah ini.
Kedua:
Penilaian Ibn Rajab dan al-Iraqi
Mungkin ada yang bertanya mengapa Ibn Rajab dan al-Iraqi menilai hadis ini sebagai daif sedangkan ia palsu?
Sebenarnya
tidak ada percanggahan antara penilaian Ibn Rajab dan al-Iraqi dengan penilaian
ulama yang menghukum hadis ini sebagai palsu atau terlalu daif. Ini kerana
hadis palsu adalah satu cabang dari hadis daif. Maka tidak hairan jika mereka
menghukum daif riwayat ini sedangkan ada ulama yang menghukumnya sebagai palsu.
Bahkan Ibn Hajar al-‘Asqalani sendiri mempertahankan Ibn al-Solah dan
al-Khattabi ketika beliau menyatakan bahawa hadis palsu (maudhu’) adalah
seburuk-buruk cabang hadis daif.
Ini
membuktikan hadis palsu adalah 1 cabang dari hadis daif. Ini juga dipersetujui
oleh al-Suyuti, Ibn Jamaah, al-Iraqi dan al-Sakhawi. (Lihat: Ibn al-Solah,
Muqaddimah Ulum al-Hadith, hlm. 201, al-Iraqi al-Taqyid wa al-Idhah, hlm. 63,
Ibn Hajar, al-Nukat, jld. 1, hlm. 838, al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, jld. 1, hlm.
274, al-Sakhawi, Fath al-Mughith, jld. 1, hlm. 252-253)
Tetapi ini bukan bermakna kita perlu membakulkan semua hadis yang dinilai daif oleh ulama sebagai palsu. Semua penilaian hadis mestilah melihat kepada sebabnya secara terperinci dengan melihat status perawi menurut ulama Jarh wa Taadil. Maka dalam kes ini, penilaian daif oleh Ibn Rajab dan al-Iraqi mesti difahami bahawa ia palsu kerana perawi yang meriwayatkan hadis ini dihukum pendusta oleh ramai ulama Jarh wa Taadil.
Ia juga tidak bermakna kita menolak hadis daif ringan secara total. Hadis daif ringan boleh diamalkan dalam Fadhail al-A’mal dengan syarat-syarat tertentu yang digariskan oleh ulama.
Ketiga: Hukum Bepuasa Pada 15 Syaaban.
Seperti yang saya telah sebutkan di awal artikel ini bahawa perbincangan ini hanyalah tentang status hadis yang disebutkan oleh syeikh berkenaan. Ia bukan bertujuan untuk menghalang orang awam untuk beribadah. Oleh itu, ulama semisal Ibn Rajab menekankan bahawa puasa pada hari Nisfu Syaaban tetap digalakkan kerana ia termasuk dalam hari putih (hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan hijriah). (Lihat: Ibn Rajab, Lataif al-Maarif, hlm. 151)
Oleh itu, walaupun hadis ini palsu puasa pada hari Nisfu Syaaban tetap digalakkan kerana ia termasuk dalam hadis galakan berpuasa pada hari putih.
Kesimpulannya,
hadis ini telah jelas palsu kerana terdapat perawi bernama Abu Bakar bin
Abdillah bin Abi Sabrah yang dikategorikan sebagai perawi pendusta.
Saya
tahu ada orang yang memperlekehkan keilmuan saya. Tidak mengapa, jika tidak
mahu terima pandangan saya. Setidak-tidaknya terimalah pandangan orang yang
bukan sahaja digelar muhaddith tetapi digelar al-nuqqad (pengkritik perawi) dan
al-Jahabizah (jaguh-jaguh hadis) seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Maien,
al-Bukhari, Ibn ‘Adiyy dan al-Nasaie. Mereka semua adalah tonggak dalam ilmu
periwayatan hadis. Moga kita berlapang dada dengan penjelasan ini. Sekian.
__________
Dr. Rozaimi Ramle
Selasa,
26 Mei 2015
Selasa,
26 Mei 2015
DR MAZA: Penyelewengan Fakta Hadis di TV alHijrah - Hadis Palsu
Semalam semasa saya mengunjungi ibu saya, saya tertonton rancangan di TV Hijrah diberi nama 'Persepsi: Melayu Keliru'.
Dari satu sudut saya rasa jika seorang non-muslim menonton rancangan tersebut dia mungkin akan sangka islam itu melayu dan melayu itu Islam.
Namun saya lebih tersentak apabila pengacara membaca sebuah hadis yang tidak sahih bahkan ulama hadis menghukumnya sebagai palsu tapi pengacara itu menyatakan hadis itu riwayat al-Bukhari dan Muslim. Satu penipuan fakta terhadap kedua kitab sahih berkenaan.
Beliau membaca dalam bahasa melayu -lebih kurang- sabda Nabi s.a.w (kononnya) : "wahai anakku Fatimah! Adapun wanita yang digantung rambutnya dalam neraka kerana dia tidak menutup rambutnya dari lelaki"
Hadis ini asalnya dalam lafaz arab berbunyi:
يا ابنتي: أمَّا المعلَّقةُ بشعرِها فإنها كانتْ لا تغطي شعرَها من الرجالِ،
Hadis ini sebenarnya tiada dalam kitab-kitab hadis utama Ahlussunah wal Jamaah namun ia ada diriwayat oleh kitab-kitab Syiah seperti kitab besar karangan al-Majlisi iaitu Bihar al-Anwar dan 'Uyun Akbar al-Rida oleh as-Saduq. Rawi-rawi hadis tidak dipercayai.
Kitab al-Kabair dalam edisi yang cuba dikaitkan dengan az-Zahabi ada menyebut riwayat ini TANPA SANAD.
Maka ia hadis yang palsu yang tidak boleh diriwayatkan tanpa penerangan apatahlagi disandarkan kepada al-Bukhari dan Muslim.
Hendaklah kita semua berhati-hati dalam hal ini. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) ابن حبّان dalam sahihnya meletakkan satu pasal ynag beliau namakan:
فصل: ذكر إيجاب دخول النار لمن نسب الشيء إلى المصطفى صلى الله عليه وسلم وهو غير عالم بصحته
(Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) s.a.w, sedang dia tidak tahu mengenai kesahihannya).
Maka berhati-hatilah!
Jika benar ada hadis perempuan digantung rambut dalam neraka kerana tidak tutup rambut dari pandangan lelaki nescaya fuqaha tidak bersusah payah mencari dalil dalam masalah ini. Hampir keseluruhan fuqaha menyatakan rambut aurat adalah berdasar kesimpulan yang mereka fahami dari ayat al-Quran Surah an-Nur ayat 31.
__________
DR Mohd Asri Zainal Abidin.
Hadis Palsu: "Tidurnya Manusia Alim Lebih Baik daripada Ibadahnya Manusia Jahil"
Telah tersebar sebuah hadis palsu yang mengatakan bahawa Rasulullah berkata:
نوم العالم خير من عبادة الجاهل
“Tidurnya manusia alim lebih baik, daripada ibadahnya manusia yang jahil.”
Ia bukan hadis Nabi SAW, bukan juga kata-kata para sahabat Nabi SAW. Ia adalah pendustaan atas nama kebaikan lalu disandar kepada Nabi SAW.
Hadis palsu ini tidak dijumpai dalam kitab ahli sunnah, tetap dijumpai dalam kitab Syiah, antaranya al-Biharul Anwar. Sanadnya juga bermasalah.; Rujukan asatizah: http://islamqa.info/ar/171514
Di dalamnya juga dimasukkan kisah yang popular tetapi tidak sahih,
“Suatu hari, tatkala Rasulullah saw hendak masuk kedalam masjid, baginda melihat iblis sedang berdiri di hadapan pintu masjid. Rasulullah saw pun menegurnya, “Wahai iblis, apa yang kamu lakukan di sini?”
Iblis menjawab, “Aku hendak masuk ke dalam masjid untuk merosakkan solat manusia yang sedang khusyuk itu. Akan tetapi, aku takut kepada manusia yang sedang tidur ini.” Rasulullah saw bertanya, “Kamu lebih takut kepada manusia yang tidur itu, daripada manusia sedang solat dan bermunajat kepada Allah?”
Iblis menjawab, “Wahai Muhammad. Ketahuilah bahawa manusia yang sedang solat di dalam masjid itu adalah manusia bodoh (tidak mengerti tentang syarat rukun solat dan tidak fokus dalam mengerjakan solat). Untuk merosak solatnya sangat mudah bagiku. Tetapi anusia yang sedang tidur ini adalah manusia yang alim. Jika aku merosak solat manusia yang bodoh itu, aku khuatir dapat membangunkan manusia alim yang sedang tidur ini, kemudian dia akan mengajar dan membetulkan solat manusia yang bodoh tersebut. Jika perkara itu terjadi, maka susah bagiku merosak solatnya.”
Rasulullah saw bertanya lagi, “Jika terhadap manusia alim yang tidur pun takut, bagaimana pula dengan manusia alim yang sedang beribadah?” Iblis menjawab, “Wahai Muhammad. Sungguh aku merasa kecewa menggoda manusia alim yang ahli ibadah. Bagiku ibadah manusia bodoh lebih memudahkan diriku untuk menggodanya daripada tidurnya manusia alim. Dan merosak ibadah satu manusia alim ahli ibadah jauh lebih sukar daripada merosak ibadah seribu manusia bodoh.”
WallahuA`lam.

Hadis Palsu: Cinta Dunia
Sebahagian orang menyebarkan bahawa Rasulullah berkata: "Cinta dunia adalah asal/induk segala dosa." Sedangkan tiada riwayat yang menunjukkan Nabi SAW menyebutkan perkara demikian.
Apa yang ditemui adalah riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Isa yang menyebutkannya. Tetapi kualiti hadis ini dipertikaikan juga oleh para ulama.
كَانَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ يَقُولُ: حُبُّ الدُّنْيَا أَصْلُ كُلِّ خَطِيئَةٍ
Isa alaihi salam berkata: Cinta dunia adalah asal bagi segala dosa.
(HR al-Baihaqi; 997)
Silalah merujuk hadis-hadis lain dalam tajuk cinta dunia ini yang lebih sahih.

Atsar Sahabat: Kata-Kata Bilal bin Sa`ad yang Disalah Anggap Sabda Nabi
Hadis ini sering didendangkan sebagai hadis, sedangkan ia bukanlah kata-kata Nabi. Ia adalah kata-kata Bilal bin Sa`ad bin Tamim ad-Dimasyqi.
Dia berkata:
«لَا تَنْظُرْ إِلَى صِغَرِ الْخَطِيئَةِ، وَلَكِنِ انْظُرْ مَنْ عَصَيْتَ»
“Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa). Tetapi, pandanglah kepada siapa yang kamu derhakai (Allah).”
Kata-kata ini terdapat dalam kitab Syu`abul Iman oleh Imam al-Baihaqi, 282, 6759, dan 6885. Imam An-Nasaie juga meriwayatkan dalam kitab Sunan al-Kubra, 11854 .

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)