Home » Posts filed under haji
Showing posts with label haji. Show all posts
Hadis Sahih: 5 Tonggak Agama Islam
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh `ubaidullah bin Musa, beliau berkata: diberitakan kepada kami
oleh Hanzalah bin Abi Sufyan, daripada Ikrimah bin Khalid, daripada Ibnu Umar
radhiyallahuanhuma, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
" بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ،
وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ "
Islam terbina di atas lima perkara: Memberi
penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah serta Muhammad adalah utusan Allah,
mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan
Ramadhan.
(HR Al-Bukhari, di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan 8)
Pengajaran:
- Hadis ini menjelaskan tunggak utama bagi ajaran agama Islam. Sesiapa yang tidak melakukan 5 tonggak tersebut, mereka bukanlah pendokong Islam sebenar.
- Daripada sudut haji, Islam memberi kelonggaran kepada umatnya yang tiada kemampuan harta dan kenderaan ke Tanah Suci Mekah.Ini bertepatan dengan ayat 97 Surah Ali Imran.
- Seseorang yang melebel dirinya sebagai umat Islam hendaklah membuktikannya dengan amalan. Ini adalah bukti bahawa kebenaran iman seseorang dibuktikan dengan amalan.
#WallahuA`lam.
Waktu terbaik Haji & Umrah
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَابِعُوا بَيْنَ الحَجِّ وَالعُمْرَةِ، فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الكِيرُ خَبَثَ الحَدِيدِ، وَالذَّهَبِ، وَالفِضَّةِ، وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلاَّ الجَنَّةُ.
وَفِي البَابِ عَنْ عُمَرَ، وَعَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ حُبْشِيٍّ، وَأُمِّ سَلَمَةَ، وَجَابِرٍ.
حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ مَسْعُودٍ.
“Lakukanlah haji dan umrah dalam waktu yang berdekatan,
kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan serta menghapus dosa sebagaimana al-Kir (tungku) menghilangkan karat besi, emas dan perak. Tidak ada balasan haji mabrur kecuali syurga.”
(HR at-Tirmizi, 810)
Haji Mabrur
«مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ، وَلَمْ يَفْسُقْ، رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ»
“Orang yang melakukan haji kerana Allah, lalu tidak berkata dan bertindak kotor dan juga tidak berbuat fasiq, dia pulang dari haji dalam keadaan seperti di hari ibunya melahirkannya (bersih tanpa dosa).”
(HR al-Bukhari, 1521)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)