Home » Posts filed under Taubat
Showing posts with label Taubat. Show all posts
Hadis Sahih: Kisah Taubat Lelaki Pembunuh 99 hingga 100 orang
Imam
Muslim dengan sandanya
meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin al-Musanna dan Muhammad
bin Basysyar – Lafaz ini daripada Ibnu al-Musanna – kedua-dua mereka berkata:
Diceritakan kepada kami oleh Mu`az bin Hisyam, diceritakan kepadaku oleh bapaku,
daripada Qatadah, daripada Abi as-Siddiq, daripada Abu Sa`id al-Khudri, beliau
berkata: Nabi SAW bercerita:
" كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً
وَتِسْعِينَ نَفْسًا، فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى
رَاهِبٍ، فَأَتَاهُ فَقَالَ: إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا، فَهَلْ
لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: لَا، فَقَتَلَهُ، فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً،
Ada seorang lelaki daripada kalangan
umat yang terdahulu telah membunuh 99 orang. Lalu dia bertanya tentang orang
yang paling mengetahui di atas bumi. Lalu dia ditunjukkan kepada seorang rahib
(orang agama). Lalu dia menemui si rahib dan menyebutkan bahawa dia telah
membunuh 99 orang, adakah dia masih layak untuk bertaubat? Maka si rahib
menjawab: “Tidak!” lantas lelaki berkenaan membunuhnya sehingga genaplah 100
orang.
ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى
رَجُلٍ عَالِمٍ، فَقَالَ: إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ، فَهَلْ لَهُ مِنْ
تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ؟
انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا، فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللهَ
فَاعْبُدِ اللهَ مَعَهُمْ، وَلَا تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ، فَإِنَّهَا أَرْضُ
سَوْءٍ،
Kemudian dia bertanya lagi tentang
orang yang paling mengetahui di atas bumi. Maka dia ditunjukkankepada seorang
lelaki yang berilmu. Lalu dia menyebutkan bahawa dia telah membunuh 100 orang,
adakah dia masih layak untuk bertaubat? Lelaki berilmu itu berkata: “Ya, apakah
yang menghalang antaranya dengan taubat? Pergilah ke tempat sekian sekian. Di sana
terdapat kelompok manusia yang beribadah kepada Allah, maka beribadahlah kamu
bersama-sama mereka. Jangan pulang ke tempat kamu kerana ia adalah tempat yang
buruk.”
فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ،
فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ، فَقَالَتْ
مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ: جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا بِقَلْبِهِ إِلَى اللهِ،
وَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ: إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ،
فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ، فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ، فَقَالَ:
قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ، فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ
لَهُ،
Dia pun bertolak ke tempat yang
disebutkan sehinggalah sampai di pertengahan jalan, malaikat maut datang
(mengambil nyawanya). Berselisihlah di anatara malaikat rahmah dan juga
malaikat azab. Malaikat rahmah berkata: “Dia datang ke sini dalam keadaan
bertaubat, dia telah cenderungkan hatinya kepada Allah.” Malaikat azab pula
berkata: “Dia belum melakukan apa-apa amalan kebaikan lagi.” Kemudian datanglah
kepada mereka seorang malaikat di dalam bentuk manusia. Lalu dia berada di
tengah-tengah mereka, lantas berkata: “Ukurlah di antara dua bumi ini. Yang mana
yang lebih dekat maka dia menjadi miliknya.”
فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي
أَرَادَ، فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ
Mereka pun mengukurnya lalu mereka
dapati bahawa lelaki itu lebih dekat ke tempat yang dia mahu tujui. Lantas malaikat
rahmah memegangnya.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan 2766)
Hadis Hasan: Taubat Sebelum Nyawa di nazak
Imam Muslim bin al-Hajaj dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Ibrahim bin Ya`qub, beliau berkata: diceritakan
kepada kami oleh `Ali bin `Ayyasy al-Himsi, beliau berkata: diceritakan kepada
kami oleh Abdur Rahman bin Sabit bin Sauban, daripada bapanya, daripada Makhul,
daripada Jubair bin Nufair, daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW berkata:
«إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ العَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ»
Allah menerima taubat hamba selagimana nyawanya belum
sampai di kerongkong.
Imam
at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Ghorib.
(HR at-Tirmizi di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilanga: 3537)
Hadis Sahih: Taubat Sebelum Kiamat
Imam Muslim bin al-Hajaj dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah, diceritakan kepada kami
oleh Abu Khalid iaitu Sulaiman bin Hayyan (ح) diceritakan kepada kami oleh
Ibnu Numair, diceritakan kepada kami oleh Abu Mu`awiyah (ح) Diceritakan kepada kami oleh
Abu Sa`id Al-Asyaj, diceritakan kepada kami oleh Hafs iaitu Ibnu Ghiyas,
kesemuanya daripada Hisyam (ح) diceritakan kepadaku oleh
Abu Khaisamah Zuhair bin Harb – ini lafaznya – diceritakan kepada kami oleh
Ismail bin Ibrahim, daripada Hisyam bin Hasan, daripada Muhammad bin Sirin,
daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«مَنْ تَابَ قَبْلَ
أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، تَابَ اللهُ عَلَيْهِ»
Sesiapa yang bertaubat sebelum terbit matahari
daripada arah baratnya, maka Allah akan menerima taubat tersebut.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilanga: 2703)
Hadis Sahih: Peluang Taubat Siang dan Malam
Imam Muslim bin al-Hajaj dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin al-Musanna, diceritakan kepada kami
oleh Muhammad bin Ja`far, diceritakan kepada kami oleh Syu`bah, daripada Amru
bin Murrah, beliau berkata: Aku mendengar Abu `Ubaidah mengambil hadis daripada
Abu Musa, daripada Nabi SAW, baginda berkata:
«إِنَّ اللهَ عَزَّ
وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ، وَيَبْسُطُ
يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ، حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ
مَغْرِبِهَا»
Sesungguhnya Allah azzawajalla
membentangkan tangan-Nya pada waktu malam supaya orang yang melakukan dosa di
waktu siang dapat bertaubat. Allah membentangkan tangan-Nya pada waktu siang
supaya orang yang melakukan dosa di waktu malam dapat bertaubat, sehinggalah
matahari terbit daripada arah barat (kiamat).
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilanga: 2759)
Hadis Sahih: Bertaubat 100 Kali
Imam Muslim bin al-Hajaj dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah, diceritakan kepada kami
oleh Ghundar, daripada Syu`bah, daripada `Amru bin Murrah, daripada Abi Burdah,
beliau berkata: Aku mendengar al-Aghar – beliau adalah sebahagian daripada
sahabat Nabi SAW, beliau mengambil hadis Ibnu Umar, Ibnu Umar berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
«يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللهِ، فَإِنِّي أَتُوبُ،
فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ، مَرَّةٍ»
Wahai manusia, bertaubatlah kepada
Allah. Sesungguhnya aku juga bertaubat kepada-Nya, di dalam satu hari sebanyak
100 kali.
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilanga: 2702)
Ulasan
Arahan Nabi SAW di dalam hadis ini bertepatan
dengan perintah Allah di dalam al-Quran. Para ulama menyatakan bahawa taubat
mempunyai tiga syarat:
❶ Meninggalkan
maksiat tersebut.
❷ Merasa
menyesal.
❸ Berazam untuk
tidak mengulang perbuatan itu.
Bagi orang yang melakukan kesalahan yang
disangkut pada urusan manusia, maka dia hendaklah menyelesaikan syarat yang
keempat:
❹ Mengembalikan
hak orang yang dizalimi, atau meminta perlepasan diri.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)