Home » Posts filed under Syurga
Showing posts with label Syurga. Show all posts
Teman Rasulullah di Syurga
رَبِيعَةُ بْنُ كَعْبٍ الْأَسْلَمِيُّ، قَالَ: كُنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِي: «سَلْ» فَقُلْتُ: أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِي الْجَنَّةِ. قَالَ: «أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ» قُلْتُ: هُوَ ذَاكَ. قَالَ: «فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ»
“Aku pernah bermalam bersama Rasulullah saw. Aku membawakan air untuk wuduk dan air untuk hajat beliau. Rasulullah saw berkata kepadaku, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’ Aku berkata, ‘Aku hanya meminta agar aku dapat menjadi teman engkau di syurga.’ Rasulullah saw bertanya lagi, ‘Adakah permintaan yang lain?’ Aku menjawab, ‘Tidak, hanya itu saja.’ Rasulullah saw lalu berkata, ‘Bantulah aku mewujudkan keinginanmu dengan banyak melakukan sujud (solat).”
(HR Muslim, 489)
Amalan Bawa ke Syurga
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ، أَنَّ رَجُلًا قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ؟ فَقَالَ الْقَوْمُ: مَا لَهُ مَا لَهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَرَبٌ مَا لَهُ؟ قَالَ: «تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ ذَرْهَا»
“Suatu ketika, tatkala Rasulullah saw duduk bersama para sahabat, tiba-tiba ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw,
‘Wahai utusan Allah. Tunjukkan kepadaku amalan apa yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga?’
Para sahabat berkata, ‘Siapakah lelaki yang bertanya itu?’
Rasul saw berkata, Dia adalah lelaki yang bijak.’
Rasulullah saw menyambung, “Menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apa pun, mendirikan solat, membayar zakat dan menyambung tali silaturahim.”
(HR Ahmad, 23550)
Solat Bardain
«مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ دَخَلَ الْجَنَّةَ»
“Barangsiapa yang mengerjakan solat Bardain (iaitu solat Subuh dan Asar), dia akan masuk syurga.”
(Direkod oleh Muslim, 635)
Amalan berhak masuk syurga
عَنْ جَابِرٍ، أَنَّ نُعْمَانَ بْنَ قَوْقَلٍ جَاءَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَاتِ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلَالَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا، أَفَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ؟ قَالَ: «نَعَمْ» ، فَقَالَ: وَاللَّهِ لَا أَزِيدُ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا
“Suatu hari, salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Wahai utusan Allah. Apa pendapat Anda, jika aku rajin mengerjakan solat lima waktu, aku berpuasa bulan Ramadan. Aku menghalalkan apa yang dihalalkan Allah. Mengharamkan apa yang diharamkan Allah. Dan aku tidak menambah mahupun mengurangi selain itu. Apakah aku berhak masuk syurga?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Ya, kau berhak masuk syurga.’ Sahabat itu menambah, ‘Demi Allah, aku tidak akan menambah amalku selain daripada yang telah aku sebutkan tadi.”
(Direkod oleh Ahmad, 14747)
Mengesakan Allah & Balasan Syurga
عَنْ جَابِرٍ، قَالَ: أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الْمُوجِبَتَانِ؟ فَقَالَ: «مَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ»
“Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, dia akan masuk syurga.”
(Direkod oleh Muslim, 150)
Penyaksian Hamba & Balasan Syurga
«مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ، وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، أَدْخَلَهُ اللَّهُ الجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنَ العَمَلِ»
“Orang yang bersaksi bahawa; Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya dan Isa adalah hamba dan rasul-Nya dan kalimat yang disampaikan-Nya kepada Maryam serta ruh daripada-Nya dan bersaksi bahawa syurga dan neraka benar, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, sesuai amal yang telah diperbuatnya.”
(Direkod oleh al-Bukhari, 3435)
Wajib syurga bagi yang mengucap 2 kalimah syahadah
«أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ، لَا يَلْقَى اللهَ بِهِمَا عَبْدٌ غَيْرَ شَاكٍّ، فَيُحْجَبَ عَنِ الْجَنَّةِ»
“Barang siapa yang mengucapkan Asyhadu an La Ilaha Illa Allah wa Anni Rasulullah (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah), tanpa keraguan sedikitpun dalam hatinya (sepenuh jiwa), maka wajib baginya syurga Allah.”
(Direkod oleh Muslim, 45)
Orang yang enggan masuk syurga
«كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: «مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الجَنَّةَ [ص:93]، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى»
“Semua umatku pasti akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Para shahabat bertanya, ‘Wahai utusan Allah, siapakah orang yang enggan itu?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Orang yang mentaatiku pasti masuk syurga dan orang yang menentangku adalah orang yang enggan (tidak mahu masuk syurga).”
(Direkod oleh al-Bukhari, 7280)
Faktor - faktor masuk syurga
7919 - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ دَاوُدَ الزَّاهِدُ، ثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ الْجُنَيْدِ، ثَنَا سَهْلُ بْنُ عُثْمَانَ، ثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ، قَالَ: «التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ» وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ: " الْأَجْوَفَانِ: الْفَمُ وَالْفَرْجُ «هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ»
[التعليق - من تلخيص الذهبي]
7919 - صحيح“Suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw tentang faktor yang paling banyak menyebabkan manusia masuk syurga. Rasulullah saw menjawab, ‘Takwa kepada Allah dan akhlak mulia.”
(Direkod oleh al-Hakim, 7919)
Tambahan nikmat buat ahli syurga
إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، قَالَ: يَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ؟ فَيَقُولُونَ: أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا؟ أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ، وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ، فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ
“Ketika para penghuni syurga telah memasuki syurga, Allah bertanya, ‘Apakah kalian ingin supaya Aku menambah sesuatu?’ Para penghuni syurga menjawab, ‘Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankan Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka?’ Kemudian tabir disingkapkan, mereka tidak diberi sesuatu yang lebih mereka sukai daripada memandang kepada Tuhan mereka Allah.”
(Direkod oleh muslim, 181/298)
Syafaat nabi Muhammad di hari kiamat
إِذَا كَانَ يَوْمُ القِيَامَةِ شُفِّعْتُ، فَقُلْتُ: يَا رَبِّ أَدْخِلِ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ خَرْدَلَةٌ فَيَدْخُلُونَ، ثُمَّ أَقُولُ أَدْخِلِ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ أَدْنَى شَيْءٍ
“Jika hari kiamat tiba, aku diberi syafaat, lantas aku berkata. ‘Wahai Tuhan, tolong masukkanlah ke syurga umatku yang ada dalam hatinya iman walau sebiji sawi.’ Lalu mereka pun masuk, kemudian aku berkata, ‘Masukkanlah ke dalam syurga siapa saja yang ada dalam hatinya ada iman sekalipun dalam tingkatan paling rendah.”
(Direkod oleh al-Bukhari, 7509)
Kepuasan ahli syurga
إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ لِأَهْلِ الجَنَّةِ: يَا أَهْلَ الجَنَّةِ؟ فَيَقُولُونَ: لَبَّيْكَ رَبَّنَا وَسَعْدَيْكَ، فَيَقُولُ: هَلْ رَضِيتُمْ؟ فَيَقُولُونَ: وَمَا لَنَا لاَ نَرْضَى وَقَدْ أَعْطَيْتَنَا مَا لَمْ تُعْطِ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، فَيَقُولُ: أَنَا أُعْطِيكُمْ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ، قَالُوا: يَا رَبِّ، وَأَيُّ شَيْءٍ أَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ؟ فَيَقُولُ: أُحِلُّ عَلَيْكُمْ رِضْوَانِي، فَلاَ أَسْخَطُ عَلَيْكُمْ بَعْدَهُ أَبَدًا "
“Allah berfirman kepada penghuni syurga, ‘Wahai penghuni Syurga!’ Mereka menjawab, ‘Kami penuhi panggilan-Mu wahai Tuhan.’ Allah berfirman, ‘Sudah puaskah kalian?’ Mereka menjawab, ‘Engkau telah memberikan kepada kami sesuatu yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Tentulah kami merasa puas.’ Allah berfirman, ‘Aku akan berikan sesuatu yang lebih baik daripada semua itu kepada kalian.’ Penghuni syurga bertanya, ‘Wahai Tuhan, apakah yang lebih utama daripada semua itu?’ Allah berfirman, ‘Aku halalkan semuanya untuk kalian dan Aku tidak murka kepada kalian selama-lamanya.”
(Direkod oleh al-Bukhari, 6549)
Tempat tinggal penghuni syurga
«إِنَّ أَهْلَ الجَنَّةِ يَتَرَاءَوْنَ أَهْلَ الغُرَفِ مِنْ فَوْقِهِمْ، كَمَا يَتَرَاءَوْنَ الكَوْكَبَ الدُّرِّيَّ الغَابِرَ فِي الأُفُقِ، مِنَ المَشْرِقِ أَوِ المَغْرِبِ، لِتَفَاضُلِ مَا بَيْنَهُمْ» قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ تِلْكَ مَنَازِلُ الأَنْبِيَاءِ لاَ يَبْلُغُهَا غَيْرُهُمْ، قَالَ: «بَلَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، رِجَالٌ آمَنُوا بِاللَّهِ وَصَدَّقُوا المُرْسَلِينَ»
“Penghuni syurga memandang penghuni bilik-bilik di atas mereka sebagaimana mereka memandang bintang kejora yang terbit di ufuk timur atau barat kerana kelebihan mereka. Para sahabat bertanya, ‘Wahai utusan Allah, apakah itu tempat tinggal para nabi yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain?’ Rasulullah menjawab, ‘Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, ia juga akan menjadi tempat tinggal orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul.”
(Direkod oleh al-Bukhari, 3256)
120 saf penduduk syurga
أَهْلُ الجَنَّةِ عِشْرُونَ وَمِائَةُ صَفٍّ ثَمَانُونَ مِنْهَا مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ وَأَرْبَعُونَ مِنْ سَائِرِ الأُمَمِ.
“Penduduk syurga terdiri daripada 120 saf, 80 saf daripadanya adalah umatku dan 40 saf lagi daripada umat lainnya.”
Direkod oleh at-Tirmizi, 2546
70,000 umat nabi Muhammad
لَيَدْخُلَنَّ مِنْ أُمَّتِي سَبْعُونَ أَلْفًا، أَوْ سَبْعُ مِائَةِ أَلْفٍ، لاَ يَدْخُلُ أَوَّلُهُمْ حَتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ، وُجُوهُهُمْ عَلَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ
“Pasti akan masuk syurga 70,000 daripada umatku. Mereka bergandingan saling memegang tangan antara satu dengan lain, kumpulan pertama mahupun yang akhir wajah mereka seperti bulan purnama.”
Direkod oleh al-bukhari, 3247
70,000 umat masuk syurga tanpa dihisab
«وَعَدَنِي رَبِّي سُبْحَانَهُ أَنْ يُدْخِلَ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي سَبْعِينَ أَلْفًا، لَا حِسَابَ عَلَيْهِمْ، وَلَا عَذَابَ، مَعَ كُلِّ أَلْفٍ سَبْعُونَ أَلْفًا، وَثَلَاثُ حَثَيَاتٍ مِنْ حَثَيَاتِ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ»
“Tuhanku telah berjanji kepadaku, sebanyak 70,000 umatku akan masuk syurga tanpa dihisab dan diazab. Setiap 1,000 orang daripada mereka dapat menyelamatkan 70,000 orang dari neraka, ditambah tiga genggaman Allah.”
(Direkod oleh Ibnu Majah, 4286)
Kekuatan penghuni syurga
إِنَّ الرَّجُلَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ لَيُعْطَى قُوَّةَ مِائَةِ رَجُلٍ فِي الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ وَالْجِمَاعِ وَالشَّهْوَةِ
“Seorang penghuni syurga akan diberikan kekuatan seratus orang laki-laki dalam soal makan, minum dan hubungan seks.”
(Direkod oleh ad-Darimi, 2867)
Penghuni Syurga & Penghuni Neraka
إِذَا صَارَ أَهْلُ الْجَنَّةِ إِلَى الْجَنَّةِ، وَصَارَ أَهْلُ النَّارِ إِلَى النَّارِ، أُتِيَ بِالْمَوْتِ حَتَّى يُجْعَلَ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، ثُمَّ يُذْبَحُ، ثُمَّ يُنَادِي مُنَادٍ: يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ لَا مَوْتَ، وَيَا أَهْلَ النَّارِ لَا مَوْتَ، فَيَزْدَادُ أَهْلُ الْجَنَّةِ فَرَحًا إِلَى فَرَحِهِمْ، وَيَزْدَادُ أَهْلُ النَّارِ حُزْنًا إِلَى حُزْنِهِمْ "
Rasulullah saw bercerita tentang penghuni Syurga dan Neraka,
"Apabila penghuni Syurga dimasukkan ke Syurga, dan penghuni Neraka dimasukkan ke Neraka, maka didatangkan haiwan korban sehingga ia diletakkan antara Syurga dan Neraka. Kemudian ia disembelih. Seorang malaikat akan berkata;
Wahai penghuni Syurga, tiada lagi kematian! Wahai penghuni Neraka, tiada lagi kematian!
Maka, bertambahlah kegembiran penghuni Syurga dan bertambahlah kesedihan penghuni Neraka."
[Direkod oleh Muslim, 2850]
Seruan untuk penduduk syurga
يُنَادِي مُنَادٍ: إِنَّ لَكُمْ أَنْ تَحْيَوْا فَلاَ تَمُوتُوا أَبَدًا، وَإِنَّ لَكُمْ أَنْ تَصِحُّوا فَلاَ تَسْقَمُوا أَبَدًا، وَإِنَّ لَكُمْ أَنْ تَشِبُّوا فَلاَ تَهْرَمُوا أَبَدًا، وَإِنَّ لَكُمْ أَنْ تَنْعَمُوا فَلاَ تَبْأَسُوا أَبَدً
“Apabila penduduk syurga telah memasuki syurga, seorang penyeru menyerukan, ‘Sesungguhnya kalian akan sentiasa hidup dan tidak akan mati selamanya, akan tetap sihat dan tidak akan sakit selamanya, akan tetap muda dan tidak akan tua selamanya, serta akan tetap mendapat kenikmatan dan tidak akan mendapatkan kesusahan selamanya.”
(Direkod oleh at-Tirmizi, 3246)
Para isteri penghuni syurga
إِنَّ أَزْوَاجَ أَهْلِ الْجَنَّةِ لَيُغَنِّينَ أَزْوَاجَهُنَّ بِأَحْسَنِ أَصْوَاتٍ سَمِعَهَا أَحَدٌ قَطُّ إِنَّ مِمَّا يُغَنِّينَ: نَحْنُ الْخَيِّرَاتُ الْحِسَانُ أَزْوَاجُ قَوْمٍ كِرَامٍ يَنْظُرْنَ بِقُرَّةِ أَعْيَانٍ وَإِنَّ مِمَّا يُغَنِّينَ بِهِ: نَحْنُ الْخَالِدَاتُ فَلَا يُمِتْنَهْ نَحْنُ الْآمِنَاتُ فَلَا يَخَفْنَهْ نَحْنُ الْمُقِيمَاتُ فَلَا يَظْعَنَّ
“Sesungguhnya para isteri penghuni syurga bernyanyi untuk suami-suami mereka dengan suara yang sangat merdu, yang tidak pernah di dengar oleh siapapun. Antara bait yang mereka dendangkan: Kami adalah perempuan-perempuan yang cantik jelita. Kami para isteri kaum yang mulia. Kami melihat dengan mata yang indah. Antara bait yang lain termasuklah: Kami adalah perempuan-perempuan abadi yang tidak akan mati, kami adalah perempuan-perempuan yang merasa aman dan tidak merasa takut, kami adalah perempuan-perempuan yang menetap dan tidak akan berpindah.”
(At-Thabrani, 734)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)