Home » Posts filed under Neraka
Showing posts with label Neraka. Show all posts
Hadis Sahih: Takutlah api neraka, sekalipun sekecil tamar
Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H) dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Waki`, beliau berkata:
diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Sulaim, daripada Ibnu Abi Mulaikah,
daripada Aishah, beliau berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اتَّقُوا النَّارَ
وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ»
Rasulullah SAW bersabda: “Takutlah (dengan
azab) api neraka, sekalipun sekecil tamar.”
(HR Ahmad, di dalam kitab Musnad Ahmad,
bilangan 25057)
Kualiti Hadis
Syeikh Syuaib al-Arnaout menyatakan bahawa
isnad hadis ini sahih.
Pengajaran
- Apabila seseorang beriman dengan kewujudan azab api neraka, maka hatinya kecut melakukan kesalahan.
- Sebahagian ulama menyebutkan: Jangan dilihat sebesar mana dosa yang dilakukan, tetapi lihatlah kepada siapa dosa itu dilakukan.
- Setiap dosa akan dibalas dengan azab yang setimpal. Tetapi, selagimana pintu taubat masih terbuka, maka teruskanlah bertaubat kerana Allah ialah Tuhan yang maha Pengampun.
WallahuA`lam
Hadis Sahih: Penghujung Nyawa
Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ
بِيَدِهِ، لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، وَلَا نَصْرَانِيٌّ،
ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ
النَّارِ
Demi Zat
yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, tiada seorang pun daripada umat
ini Yahudi atau Kristian yang mendengar risalahku, kemudian mati sedangkan dia
tidak beriman dengan apa yang aku bawakan, melainkan dia pasti akan menjadi
penghuni neraka.
(HR Muslim:
153, Sahih.)
Pengajaran
Hadis
- Setiap orang Islam hendaklah berusaha memberi penerangan tentang risalah Nabi kepada orang bukan Islam supaya mereka beriman.
- Orang yang tidak beriman setelah dijelaskan ajaran Islam, lalu dia faham kemudian sengaja menolak untuk mengamalkan ajaran Islam, maka mereka akan menjadi penghuni neraka.
- Kematian adalah penghujung kiraan amalan manusia daripada sudut syurga dan neraka. Apabila seseorang meninggal dalam keadaan kafir, maka dia tidak mungkin menjadi Islam setelah mati.
Amalan yang dapat memasukkan manusia ke dalam syurga , jauhkan daripada neraka
2616 - حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ الصَّنْعَانِيُّ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ أَبِي النَّجُودِ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، قَالَ: كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ، فَأَصْبَحْتُ يَوْمًا قَرِيبًا مِنْهُ وَنَحْنُ نَسِيرُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ البَيْتَ, ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ: الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ قَالَ: ثُمَّ تَلاَ {تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ}، حَتَّى بَلَغَ {يَعْمَلُونَ} , ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأَمْرِ كُلِّهِ وَعَمُودِهِ، وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ: رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ, ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا نَبِيَّ اللهِ، فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ: كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا، فَقُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
Muadz bin Jabal bercerita, “Suatu hari, aku bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Pada suatu pagi ketika kami sedang berjalan, aku berada dekat dengan baginda. Aku berkata, ‘Wahai utusan Allah, ajarkan kepadaku amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka.’
Rasulullah menjawab, ‘Kamu telah bertanya suatu perkara yang sangat besar kepadaku. Akan tetapi, akan terasa mudah bagi orang-orang yang dimudahkan oleh Allah. Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan lakukan ibadah haji.’
Rasulullah saw berkata lagi, ‘Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan?
Puasa adalah perisai, sedekah dapat memadamkan dosa-dosa sebagaimana air memadamkan api, juga solat di tengah malam.’
Lalu Rasulullah membacakan ayat al-Quran, “Belakang mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (as-Sajadah 32 : 15 – 17)
Rasulullah saw berkata lagi, ‘Mahukah engkau, aku tunjukkan urusan yang terpenting, tiang-tiang penyanggahnya dan puncak tertingginya?’ Aku menjawab, ‘Tentu aku mahu wahai utusan Allah.!’
Rasulullah saw berkata, ‘Urusan terpenting adalah Islam, tiang penopangnya adalah solat sedangkan puncak tertingginya (atapnya) adalah jihad.’
Rasulullah saw berkata lagi, ‘Mahukah engkau, aku khabarkan kepadamu tentang kunci semua itu?’ Aku menjawab, ‘Tentu aku mahu wahai utusan Allah.’
Rasulullah saw berkata, ‘Jagalah olehmu ini! (Rasululllah saw menunjukkan ke lisan)’
Aku bertanya, ‘Wahai utusan Allah. Apakah kami akan diseksa dengan sebab perkataan yang kami ucapkan?’
Rasulullah saw menjawab, ‘Ibumu kehilangan dirimu wahai Muadz. Bukankah orang-orang itu tersungkur di neraka di atas wajah-wajah mereka atau di atas hidung-hidung mereka, tidak lain disebabkan oleh lisan-lisan mereka?”
(Direkod oleh at-Tirmizi, 2616)
Penghuni Syurga & Penghuni Neraka
إِذَا صَارَ أَهْلُ الْجَنَّةِ إِلَى الْجَنَّةِ، وَصَارَ أَهْلُ النَّارِ إِلَى النَّارِ، أُتِيَ بِالْمَوْتِ حَتَّى يُجْعَلَ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، ثُمَّ يُذْبَحُ، ثُمَّ يُنَادِي مُنَادٍ: يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ لَا مَوْتَ، وَيَا أَهْلَ النَّارِ لَا مَوْتَ، فَيَزْدَادُ أَهْلُ الْجَنَّةِ فَرَحًا إِلَى فَرَحِهِمْ، وَيَزْدَادُ أَهْلُ النَّارِ حُزْنًا إِلَى حُزْنِهِمْ "
Rasulullah saw bercerita tentang penghuni Syurga dan Neraka,
"Apabila penghuni Syurga dimasukkan ke Syurga, dan penghuni Neraka dimasukkan ke Neraka, maka didatangkan haiwan korban sehingga ia diletakkan antara Syurga dan Neraka. Kemudian ia disembelih. Seorang malaikat akan berkata;
Wahai penghuni Syurga, tiada lagi kematian! Wahai penghuni Neraka, tiada lagi kematian!
Maka, bertambahlah kegembiran penghuni Syurga dan bertambahlah kesedihan penghuni Neraka."
[Direkod oleh Muslim, 2850]
Hadis Sahih : Penghuni Syurga & Neraka
قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَكَانَ عَامَّةَ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ وَأَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ غَيْرَ أَنَّ أَصْحَابَ النَّارِ قَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ
Aku pernah berdiri di pintu syurga. Aku melihat kebanyakan manusia yang memasukinya adalah orang-orang miskin, sedangkan orang-orang kaya tertahan dan para penghuni neraka telah diperintahkan masuk neraka.
Aku pernah berdiri di pintu neraka. Kebanyakkan yang masuk kedalamnya adalah wanita.
(Al-Bukhari, 4797)
Ancaman Berbohong Atas Nama Rasulullah
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
"Sesungguhnya berbohong atas nama aku tidak sama seperti berbohong atas nama orang lain. Sesiapa yang berbohong atas nama aku, maka persiapkanlah tempat duduknya dari api Neraka."
[Direkod oleh al-Bukhari, 1291]
"Sesungguhnya berbohong atas nama aku tidak sama seperti berbohong atas nama orang lain. Sesiapa yang berbohong atas nama aku, maka persiapkanlah tempat duduknya dari api Neraka."
[Direkod oleh al-Bukhari, 1291]
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)