Home » Posts filed under Musnad Ahmad
Showing posts with label Musnad Ahmad. Show all posts
Hadis Sahih: Para Nabi Tidak Mewariskan Harta
Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H) dengan sanadnya
meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ishaq bin Isa, beliau berkata:
Diberitakan kepada kami oleh Malik, daripada az-Zuhri, daripada `Urwah,
daripada `Aisyah,
أَنَّ أَزْوَاجَ النَّبِيِّ، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ تُوُفِّيَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَدْنَ أَنْ يُرْسِلْنَ
عُثْمَانَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ يَسْأَلْنَهُ مِيرَاثَهُنَّ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ لَهُنَّ عَائِشَةُ: أَوَلَيْسَ قَدْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا نُورَثُ، مَا
تَرَكْنَاهُ فَهُوَ صَدَقَةٌ»
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, para isteri
Nabi SAW mahu mengutuskan Usman kepada Abu Bakar (khalifah ketika itu) bagi
bertanya berkenaan harta warisan untuk mereka daripada Rasulullah SAW, lalu
Aisyah berkata kepada mereka: “Bukankah Rasulullah SAW pernah berkata: Kami
tidak mewariskan. Apa yang telah kami tinggalkan adalah sedekah.”
(HR Ahmad, di dalam kitab Musnad Ahmad,
bilangan 26260)
Kualiti Hadis
Syeikh Syuaib al-Arnaout menyatakan bahawa
isnad hadis ini sahih atas syarat Imam Muslim di dalam kitab sahihnya.
Pengajaran
- Perbuatan Aisyah yang membela kebenaran dan mendahulukan agama berbanding kepentingan diri adalah sifat terpuji yang patut dicontohi.
- Aishah boleh sahaja tidak meriwayatkan apa yang beliau dengar daripada Rasulullah, lalu menerima keuntungan. Tetapi Aishah merasakan agama lebih penting berbanding dunia dan seisinya.
WallahuA`lam
Hadis Dhoif: Larangan Bertanya Hal Agama Kepada Yahudi & Nasrani
Rasulullah
SAW bersabda:
لَا تَسْأَلُوا أَهْلَ
الْكِتَابِ عَنْ شَيْءٍ، فَإِنَّهُمْ لَنْ يَهْدُوكُمْ، وَقَدْ ضَلُّوا، فَإِنَّكُمْ
إِمَّا أَنْ تُصَدِّقُوا بِبَاطِلٍ، أَوْ تُكَذِّبُوا بِحَقٍّ، فَإِنَّهُ لَوْ كَانَ
مُوسَى حَيًّا بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ، مَا حَلَّ لَهُ إِلَّا أَنْ يَتَّبِعَنِي
Janganlah
kamu bertanya apa pun kepada ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) kerana mereka
tidak dapat memberi petunjuk kepada kamu, sebab mereka telah sesat. Oleh kerana
itu jika kamu bertanya kepada mereka, boleh jadi kamu membenarkan kebatilan
atau mendustakan kebenaran. Seandainya Nabi Musa masih hidup dalam kalangan
kamu, maka tidak halal baginya melainkan akan mengikuti syariat yang aku bawa.
______________
Perawi Tertinggi: Jabir bin Abdullah |
Muhaddis: Syu`aib al-Arnaouth | Kitab: Musnad Ahmad | No. Ruj: 14631
| Kualiti Menurut Muhaddis: Hadis ini Dhoif kerana kedhaifan perawi bernama
Mujallad.
______________
Rangkaian Sanad: Imam Ahmad dengan sanadnya
berkata: HS Yunus dan selainnya, beliau berkata; HS Hammad iaitu
Ibnu Zaid, HS Mujallad, Daripada `Amir asy-Sya`bi, daripada
Jabir bin Abdullah, daripada Rasulullah SAW.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)