Home » Posts filed under Kelebihan Khadijah
Showing posts with label Kelebihan Khadijah. Show all posts
Hadis Sahih: Cemburu Aishah kepada Khadijah
Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (256H)
dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Sa`id bin `Ufair,
diceritakan kepada kami oleh al-Lais, beliau berkata: Hisham menulis kepadaku
daripada bapanya, daripada `Aishah radhiyallahuanha, beliau berkata:
«مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ، هَلَكَتْ قَبْلَ أَنْ يَتَزَوَّجَنِي،
لِمَا كُنْتُ أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا، وَأَمَرَهُ اللَّهُ أَنْ يُبَشِّرَهَا
بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ، وَإِنْ كَانَ لَيَذْبَحُ الشَّاةَ فَيُهْدِي فِي
خَلاَئِلِهَا مِنْهَا مَا يَسَعُهُنَّ»
Aku tidak merasa cemburu kepada seorang pun
isteri Nabi (Muhammad) SAW sepertimana aku cemburu kepada Khadijah. Wanita itu meninggal
dunia sebelum beliau (Rasulullah) mengahwiniku. Ia berikutan aku sering
mendengar Rasulullah menyebut-nyebutkan tentang wanita itu, Allah telah
memerintahkan supaya dia disampaikan berita gembira berkenaan (ganjaran) sebuah
rumah (di syurga) daripada Qasab (buluh), apabila Rasululllah menyembelih
kambing, maka akan dihadiahkan kepada rakan-rakan Khadijah yang akan
mengenyangkan mereka.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari,
bilangan 3816)
Pengajaran
- Cemburu adalah sifat yang wajar ada di dalam jiwa wanita yang berpoligami. Baik atau buruknya cemburu ditentukan dengan tindakan yang dibuat akibat cemburu. Jika perbuatan itu halal, maka ia harus. Tetapi jika perbuatan itu haram, maka ia haram.
- Menyebut-nyebut kelebihan isteri yang baik-baik di hadapan isteri yang lain adalah sesuatu yang harus. Tetapi ia hendaklah dilakukan tanpa niat menyakiti isteri tersebut.
- Menghormati dan menyayangi seseorang boleh digambarkan dengan pelbagai cara. Antara kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah ialah baginda menghormati dan mengambil berat urusan rakan-rakan Khadijah.
- Cinta adalah sesuatu yang perlu dibuktikan. Ia tidak boleh sekadar disimpan dan dipendamkan semata-mata.
Hadis Sahih: "Gembirakanlah Khadijah dengan Ganjaran Syurga"
Imam
al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Qutaibah
bin Sa`id, diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Fudhail, daripada `Umarah,
daripada Abi Zur`ah, daripada Abu Hurairah, beliau berkata:
أَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا
إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ، أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ
عَلَيْهَا السَّلاَمَ مِنْ رَبِّهَا وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الجَنَّةِ
مِنْ قَصَبٍ لاَ صَخَبَ فِيهِ، وَلاَ نَصَبَ "
Jibril
telah datang kepada Nabi (Muhammad) SAW, lalu berkata: “Wahai Rasulullah,
inilah Khadijah telah datang membawa sebuah bekas berisi kuah atau makanan atau
minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada
Tuhannya dan aku. Gembirakanlah ia dengan (ganjaran) sebuah
rumah di syurga daripada buluh (Qosob) yang tidak ada sakhob dan nasob.”
(HR
al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan 3820)
Istilah
- Dr. Musthofa al-Bugha menyebutkan: Makna (صخب) ialah suara yang bercampurcampur dan nyaring. Manakala (نصب) pula ialah kesusahan dan kepenatan.
Pengajaran
- Hadis ini menunjukkan kelebihan yang Allah berikan kepada Khadijah atas kerja keras beliau mempertahankan dakwah Nabi Muhammad SAW.
- Hadis ini juga membuktikan bahawa orang yang bertukus lumus membela agama sangat menjadi perhatian Allah dan para malaikat. Kemudian Allah akan memberi ganjaran yang sebaiknya but mereka.
- Syurga adalah tempat pulang yang menjadi idaman setiap orang. Justeru itu Allah memberikan hadiah syurga kepada orang yang Dia sukai.
- Berkehendak kepada syurga bukanlah suatu bentuk syirik. Tetapi ia adalah ganjaran yang telah Allah sediakan kepada semua hamba-Nya yang soleh.Bahkan memohon untuk mendapatkan syurga adalah suruhan Nabi Muhammad SAW di dalam hadis sahih yang lain.
WallahuA`lam.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)