Home » Posts filed under Kasih Sayang
Showing posts with label Kasih Sayang. Show all posts
Hadis Sahih: Bertukar Hadiah
Muhammad
bin Ismail al-Bukhari dengan sanadnya merekodkan: Diceritakan kepada kami oleh
`Amru bin Khalid, beliau berkata: diceritakan kepada kami Dhimam bin Ismail,
beliau berkata: aku mendengar Musa bin Wardan, daripada Abu Hurairah, daripada
Nabi Saw, beliau bersabda:
«تَهَادُوا تَحَابُّوا»
Salinglah
menukar hadiah, (necaya) kamu akan saling mengasihi.
(HR al-Bukhari di dalam al-Adabul Mufrad,
bilangan 594)
Kualiti Hadis:
Syeikh al-Albani
menyatakan hadis ini Hasan.
Pengajaran:
- Islam adalah agama kasih sayang yang mengajak umatnya supaya mencari jalan menambahkan kasih sayang.
- Antara cara yang dapat menambahkan cinta dan kasih sayang ialah dengan memberi hadiah. Ramai orang suka hadiah.
- Hadiah ialah sesuatu yang diberikan dengan tujuan menambahkan kasih sayang. Sekiranya sesuatu barang diberikan dengan tujuan lain, maka ia dikira sebagai sogokan atau rasuah. Islam menghalalkan hadiah dan mengharamkan sogokan.
- Perkataan kesalingan di dalam hadis menunjukkan ada hadiah yang diberi dan ada hadiah yang diterima. Ia menjelaskan 2 sunnah, iaitu sunnah memberi hadiah dan sunnah menerima serta membalas hadiah.
Hadis Sahih : Nikmat Allah Sangat Luas
إِنَّ لِلَّهِ مِئَةَ رَحْمَةٍ ، قَسَمَ مِنْهَا رَحْمَةً بَيْنَ جَمِيعِ الْخَلاَئِقِ ، فَبِهَا يَتَرَاحَمُونَ ، وَبِهَا يَتَعَاطَفُونَ ، وَبِهَا تَعْطِفُ الْوَحْشُ عَلَى أَوْلاَدِهَا ، وَأَخَّرَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ رَحْمَةً ، يَرْحَمُ بِهَا عِبَادَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat (kurnia). Dia turunkan hanya satu rahmat kepada semua ciptaan-Ny di muka bumi. Dengan rahmat itulah mereka saling menyayangi dan mengasihi. Dengan rahmat itu pula, perempuan jahatpun menyayangi anaknya. Allah menahan 99 rahmatNya, yang akan dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya di akhirat.
[Direkod oleh Ibnu Majah, 4293]
Komentar Al-Albani : Sahih
Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat (kurnia). Dia turunkan hanya satu rahmat kepada semua ciptaan-Ny di muka bumi. Dengan rahmat itulah mereka saling menyayangi dan mengasihi. Dengan rahmat itu pula, perempuan jahatpun menyayangi anaknya. Allah menahan 99 rahmatNya, yang akan dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya di akhirat.
[Direkod oleh Ibnu Majah, 4293]
Komentar Al-Albani : Sahih
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)