Home » Posts filed under Hasan
Showing posts with label Hasan. Show all posts
Hadis Hasan: Orang Beriman Umpama Lebah
Imam
Ibnu Hibban dengan sanadnya meriwayatkan:
Diberitakan kepada kami oleh Abdullah bin Qahtobah, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh al-`Abbas bin Abdul `Azim al-`Anbari, beliau berkata:
diceritakan kepada kami oleh Muammal bin Ismail, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh Syu`bah, daripada Ya`la bin `Ata’, daripada Waki` bin `Ududs,
daripada bapa saudaranya Abi Razin, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"مَثَلُ الْمُؤْمِنِ مَثَلُ النَّحْلَةِ
لَا تَأْكُلُ إِلَّا طَيِّبًا وَلَا تَضَعُ إِلَّا طَيِّبًا"
Orang beriman itu seumpama lebah
yang tidak makan melainkan yang baik-baik sahaja dan tidak meninggalkan
melainkan yang baik-baik juga.
(HR Ibnu Hibban, di dalam Sahih Ibnu
Hibban, bilangan: 247)
Kualiti Hadis
Syeikh Syu`aib al-Arnaouth berkata:
Hadis ini hasan. Muammal bin Ismail mempunyai
hafalan yang sangat buruk. Manakala Waki` bin `Udus pula tidak dianggap
dipercayai (siqah) melainkan oleh penulis (IBnu Hibban) sahaja.
Hadis seperti ini turut direkodkan oleh
al-Bukhari di dalam at-Tarikh al-Kabir (7/248) daripada jalan Harami bin
`Ammarah. An-Nasaie di dalam At-Tafsir, seperti itu juga di dalam at-Tuhfah
(8/335), at-Tabrani di dalam al-Kabir (19/460) dari jalan Muhammad bin Abi
Adi..
Hadis Hasan: Solat & Istighfar Penghapus Dosa
Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Nasr bin Ali, kedua-dua mereka
berkata: Diceritakan kepada kami oleh Waki`, beliau berkata: Diceritakan kepada
kami oleh Mis`ar dan Sufyan, daripada Usman bin al-Mughirah as-Saqafi, daripada
Ali bin Rabi`ah al-Waliy, daripada Asmak bin al-Hakam al-Fazary, daripada Ali
bin Abi Tholib, beliau berkata:
Apabila aku mendengar suatu hadis daripada
Rasulullah SAW, Allah sering memberi manfaat kepadaku daripada hadis tersebut.
Sekiranya orang lain menceritakan sesuatu hadis daripada Rasulullah, aku sering
memintanya untuk bersumpah. Apabila dia bersumpah, maka aku mempercayainya. Abu
Bakar pernah bercerita kepadaku – bahkan benarlah Abu Bakar, beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
«مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ
الْوُضُوءَ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ - وَقَالَ مِسْعَرٌ ثُمَّ يُصَلِّي -
وَيَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ»
Tidak ada seorangpun yang melakukan dosa
kemudian dia berwuduk serta mengelokkan wuduknya lalu bersolat dua rakaat –
Mis`ar berkata: kemudian dia bersolat – dan memohon ampun kepada Allah
melainkan Allah akan mengampuninya.
(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu
Majah, bilanga: 1395)
Kualiti Hadis:
Syeikh Syu`aib al-Arnaouth menyatakan: Hadis
ini hasan kerana Asmak bin al-Hakam al-Fazary. Ibnu Hibban mensahihkan hadis
ini, manakala Imam at-Tirmizi dan Ibnu `Adi menganggapnya Hasan.”
Hadis Hasan: Orang Bertaubat Seperti Tiada Dosa
Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Ahmad bin Sa`id ad-Darimi, beliau berkata: diceritakan kepada
kami oleh Muhammad bin Abdullah ar-Raqasyi, beliau berkata: diceritakan kepada
kami oleh Wuhaib bin Khalid, beliau berkata: diceritakan kepada kami
oleh Ma`mar, daripada Abdul Karim, daripada Abi Ubaidah bin Abdullah, daripada
bapanya, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata:
«التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ، كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ»
Seseorang yang bertaubat daripada sesuatu dosa
umpama orang yang tidak ada dosa.
(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu
Majah, bilanga: 4250)
Kualiti Hadis:
Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari menghasankan
hadis ini. Kemudian diikuti oleh para ulama hadis yang lain. Sebab ia menjadi
hasan ialah:
❶ Perawi bernama
Wuhaib bin Khalid adalah seorang yang dipercayai (siqah) tetapi kenyataannya
sering berubah-ubah di akhir hayatnya. – Rujuk ulasan syeikh Syu`aib
al-Arnaouth di dalam masalah ini.
❷ Abi Ubaidillah
bin Abdullah tidak mendegar hadis ini daripada bapanya sehingga menjadikan sanad
hadis ini terpotong.
❸ Sekalipun
asalnya hadis ini dhoif – dhoif yang tidak kritikal -, tetapi ia dikuatkan dengan
pelbagai hadis dhoif yang lain yang mampu mengangkatnya kepada darjat Hasan. Rujuk
kitab Syu`abul Iman (6640 dan 6780), Hilyatul Awliya’ (13/398) dan Mu`jam
al-Kabir (775).
Sebahagian ulama mensahihkan hadis ini seperti
Syeikh bin Baaz di dalam Majmu` al-Fatawa (10/314).
Ulasan Umum
Seseorang hamba yang sedar bahawa dirinya telah melakukan dosa kemudian
dia segera bertaubat dengan sebenar-benarnya, maka Allah Taala sentiasa
bersedia menerima taubatnya serta membersihkan diri orang tersebut. Sehingga menjadikan
jiwanya seperti orang yang tidak pernah melakukan dosa.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan di dalam kitabnya Majmu`
al-Fatawa (33/35): “Di dalam syariat Nabi kita, sesiapa yang bertaubat maka ia
akan diberi pelepasan. Ini berbeza dengan syariat nabo-nabi terdahulu, umat
mereka yang bertaubat dikenakan hukuman terlebih dahulu seperti membunuh diri
dan sebagainya.”
Imam Ibnu Qayyim memberi penyataan yang sangat baik di dalam I`lamul
Muwaqqi`in (3/115): “Allah Taala menjadikan orang yang bertaubat seumpama orang
yang tidak pernah melakukkan dosa. Sesiapa yang bertemu Allah dalam keadaan
benar-benar bertaubat, maka Allah tidak akan menghukumnya. Demikian juga di
dlaam hukum dunia, apabila seseorang bertaubat sebelum isu tersebut diangkat
kepada pemerintah, maka gugurlah hukuman terhadapnya berdasarkan pendapat yang
paling benar daripada dua pendapat ulamak. Tetapi apabila ia telah diangkat
kepada pemerintah, maka hukuman tidak gugur disebabkan taubatnya bertujuan
tidak memberikan perlindungan sehingga tidak dijalankan hukuman Allah.”
Tuan-tuan dan Puan-puan pembaca, ketahuilah bahawa setiap taubat yang
menepati syarat-syaratnya tidak akan ditolak oleh Allah. Allah telah berfirman
di dalam surah asy-Syura ayat 25:
وَهُوَ
الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada
hamba-hamba-Nya.
Pengajaran
❶Allah adalah Tuhan yang sangat mengasihi hamba-hamba-Nya. Dia sentiasa
memberikan peluang dan tidak memberikan kesusahan. Ini menunjukkan sifat rahmat
Allah.
❷ Orang yang sengaja melakukan dosa, kemudian datang bertemu kita lalu
menyatakan taubat, maka kita tidak perlu melaporkan perkara tersebut kepada
pemerintah seperti polis. Dia diampunkan oleh Allah dan gugur daripada hukum. Tetapi,
apabila polis mendapat laporan, maka beliau hendaklah menjalankan
tanggungjawabnya tanpa merujuk isu taubat atau tidak.
Wallahua`lam.
Hadis Hasan: Ikutilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan
Imam Muhammad bin Isa at-Tirmizi (W: 279H) dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Muhammad bin Basyar, beliau berkata: diceritakan kepada kami
oleh Abdul Rahman bin Mahdi, beliau berkata: diceritakan kepada kami oleh
Sufyan, daripada Habib bin Abi Sabit, daripada Maimun bin Abi Syabib, daripada
Abu Dzar, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku:
«اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا
كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ
حَسَنٍ»
Bertaqwalah kepada Allah dalam apa jua keadaan.
Ikutilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan yang akan menghapuskannya. Bergaullah
dengan manusia dengan akhlak bermutu.
(HR at-Tirmizi di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilangan: 1987)
Kualiti Hadis:
Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih.
Ulasan Hadis:
Syaikh Abdurrahman As Sa’di rahimahullah memberi ulasan :
Hadis ini adalah hadis yang agung, di dalamnya Rasulullah SAW menyebutkan hak-hak Allah dan hak-hak hamba. Hak Allah yang disebutkan adalah bertaqwa kepada-Nya dengan taqwa yang sejati. Iaitu menjaga diri dari murka dan azab Allah, dengan menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya.
Wasiat taqwa ini adalah wasiat dari Allah untuk hamba-Nya dari yang paling awal hingga akhir, ini juga merupakan wasiat para Rasul kepada kaumnya, mereka berkata:
اعبدوا الله واتقوه
“Sembahlah Allah saja dan bertaqwalah kepada-Nya”
Allah Ta’ala membahas masalah taqwa dalam firman-Nya:
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al Baqarah: 177)
juga dalam firman-Nya:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (QS. Al Imran: 133)
kemudian Allah melanjutkan:
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
“(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan” (QS. Al Imran: 134)
Allah Ta’ala mensifati orang-orang bertaqwa dengan iman yaitu pokok keimanan dan aqidahnya, dengan amal-amal zhahir dan amal-amal batin yang dilakukannya, juga dengan ibadah badan, ibadah maliyah (harta), kesabaran ketika mendapati dan menghadapi musibah. Juga dengan sifat pemaaf kepada orang lain, menghilangkan gangguan, berbuat baik kepada sesama. Juga dengan semangat untuk bertaubat ketika melakukan perbuatan maksiat atau berbuat zhalim kepada diri sendiri. Lalu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pun memerintahkan dan mewasiatkan untuk konsisten dalam bertaqwa, dimana pun berada, kapan pun dan dalam keadaan apapun. Karena seorang hamba senantiasa sangat-sangat dituntut untuk bertaqwa, tidak ada satu kesempatan pun ia boleh melepaskan taqwa itu.
Lalu ketika seorang hamba tidak menunaikan dengan baik apa-apa yang menjadi hak dan kewajiban taqwa, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan untuk melakukan hal yang dapat membayar dan menghapus kesalahan itu. Yaitu melakukan kebaikan (al hasanah) atas keburukan yang telah ia lakukan.
Al hasanah adalah istilah yang mencakup segala hal yang mendekatkan diri hamba kepada Allah Ta’ala. Al hasanah yang paling utama yang dapat membayar sebuah kesalahan adalah taubat nasuha, disertai istighfar dan kembali kepada Allah. Dengan berdzikir kepada-Nya, mencintai-Nya, takut kepada-Nya, mengharap rahmat dan karunia-Nya setiap waktu. Dan diantara caranya adalah dengan membayar kafarah baik berupa harta atau amalan badaniyah yang telah ditentukan oleh syariat.
Selain itu, bentuk al hasanah yang dapat menebus kesalahan adalah sikap pemaaf kepada orang lain, berakhlak yang baik kepada sesama manusia, memberi solusi pada masalah mereka, memudahkan urusan-urusan mereka, mencegah bahaya dan kesulitan dari mereka. Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk” (QS. Huud: 114)
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
الصلوات الخمس، والجمعة إلى الجمعة، ورمضان إلى رمضان مكفرات لما بينهن ما اجتنبت الكبائر
“Shalat yang lima waktu, dari Jum’at ke Jum’at selanjutnya, dari Ramadhan ke Ramadhan selanjutnya, semua itu menghapus dosa diantara rentang waktu tersebut selama dosa besar dijauhi”
Dan betapa banyak nash yang menyebutkan bentuk-bentuk ketaatan sebagai sebab datangnya ampunan Allah.
Dan yang dapat membuat Allah mengampuni kesalahan-kesalahan adalah musibah. Karena tidaklah seorang mukmin ditimpa musibah berupa bencana, gangguan, kesulitan, meskipun hanya berupa tusukan duri kecuali pasti jadikan hal itu sebagai kafarah atas dosa-dosanya. Musibah dapat berupa luputnya sesuatu yang disukai atau juga berupa mendapatkan sesuatu yang tidak disukai, baik berupa pada jasad maupun pada hati, atau juga pada harta, baik yang eksternal maupun internal. Namun musibah itu bukanlah perbuatan hamba, oleh karena itu Nabi memerintahkan hal-hal yang berupa perbuatan hamba, yaitu menebus kejelekan dengan kebaikan.
Kemudian, setelah Nabi menyebutkan haq Allah dalam wasiat taqwa yang mencakup aqidah, amal batin dan amal zhahir, beliau menyebutkan:
وخالق الناس بخلق حسن
“Bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik”
Yang paling pertama dari akhlak yang baik adalah anda tidak mengganggu orang lain dalam bentuk apapun, dan engkau pun terjaga dari gangguan dan kejelekan mereka. Setelah itu anda bermuamalah dengan mereka dengan perkataan dan perbuatan yang baik.
Lalu bentuk akhlak baik yang lebih khusus lagi adalah lemah lembut kepada orang lain, sabar terhadap gangguan mereka, tidak bosan terhadap mereka, memasang wajah yang cerah, tutur kata yang lembut, perkataan yang indah dan enak didengar lawan bicara, memberikan rasa bahagia kepada lawan bicara, yang dapat menghilangkan rasa kesepian dan kekakuan. Dan baik juga bila sesekali bercanda jika memang ada maslahah-nya, namun tidak semestinya terlalu sering melakukannya. Karena candaan dalam obrolan itu bagai garam dalam makanan, kalau kurang atau kelebihan akan jadi tercela. Termasuk akhlak yang baik juga, bermuamalah dengan orang lain sesuai yang layak baginya, dan cocok dengan keadaannya, yaitu apakah ia orang kecil, orang besar, orang pandai, orang bodoh, orang yang paham agama atau orang awam agama.
Maka, orang yang bertaqwa kepada Allah, dan menunaikan apa yang menjadi hak Allah. Lalu berakhlak kepada orang lain yang berbeda-beda tingkatannya itu dengan akhlak yang baik. Maka ia akan mendapatkan semua kebaikan. Karena ia menunaikan hak Allah dan juga hak hamba. Dan karena ia menjadi menjadi orang yang muhsinin dalam beribadah kepada Allah dan muhsinin terhadap hamba Allah.
Pengajaran:

- Takwa kepada Allah merupakan kewajiban setiap muslim dan ia merupakan asas diterimanya amal Soleh..
- Bersegera melakukan ketaatan setelah keburukan secara langsung, karena kebaikan akan menghapus keburukan.
- Bersungguh-sungguh menghias diri dengan akhlak mulia.
- Menjaga pergaulan yang baik merupakan kunci kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat. Hal tersebut dapat menghilangkan dampak negatif pergaulan.
- Hadis ini menunjukkan kepentingan bertaubat apabila menyedari diri telah melakukan dosa.
Hadis Hasan: Para nabi Berkumpul di bawah Liwa' al-Hamd.
Rasulullah SAW bersabda:
أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ، وَبِيَدِي لِوَاءُ الحَمْدِ وَلَا فَخْرَ، وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي، وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الأَرْضُ وَلَا فَخْرَ
Aku ialah pimpinan anak Adam pada hari kiamat, dan ini bukanlah kesombongan. Di tanganku-lah terletak bendera sanjung puji (al-Hamd), dan ini bukanlah kesombongan. Tidak ada seorang nabi pun pada hari itu, sekalipun Adam dan lain-lain, melainkan berada di bawah benderaku. Aku ialah manusia pertama yang akan dikeluarkan daripada tanah, dan ini bukanlah kesombongan.
______________
Perawi Tertinggi: Abu Sa`id | Muhaddis:
Abu `Isa at-Tirmizi | Kitab: Sunan at-Tirmizi | No. Ruj: 3615
| Kualiti Menurut Muhaddis: Hadis ini mempunyai kisah (di sebaliknya). Hadis
ini Hasan.
Hadis Hasan: Dosa Berfatwa Tanpa Ilmu
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أُفْتِيَ بِفُتْيَا غَيْرَ ثَبَتٍ، فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى مَنْ أَفْتَاهُ
”Sesiapa berfatwa sebelum yakin akan kebenarannya, maka dosanya bagi yang berfatwa.”
HR Ibnu Majah: 53
Komentar: Al-Albani dan Syu`aib al-Arnaout mengiktiraf hadis ini sebagai Hasan. Kata Syeikh Syu`aib; Antara perawi hadis ini iaitu Muslim bin Yasar adalah Hasan, manakala selain daripadanya adalah Siqah.
Dalam hadis lain yang juga Hasan, Rasulullah bersabda:
مَنْ أُفْتِيَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ إِثْمُهُ عَلَى مَنْ أَفْتَاهُ
"Sesiapa berfatwa tanpa ilmu, maka dosanya bagi yang berfatwa.”
HR Abu Daud: 3657

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)