Home » Posts filed under Haiwan di dalam hadis
Showing posts with label Haiwan di dalam hadis. Show all posts
Hadis Sahih: Ular yang Boleh Dibunuh
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: HSni Abdullah bin Munir, beliau mendengar Abu an-Nadhr,
HS Abdurrahman – dia ialah anak Abdullah bin Dinar, daripada bapanya, daripada
Abu Soleh, daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
" مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ،
مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ، لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ
القِيَامَةِ، يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ - يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ - يَقُولُ: أَنَا
مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ "
“Sesiapa yang dikurniakan harta berlimpah,
namun tidak mengeluarkan zakatnya, maka kelak pada hari kiamat, hartanya bakal
menjelma menjadi ular A`ra’ (ular jantan bertanduk) ia memiliki dua taring.
Ular itu akan melilit dan memakan manusia yang tidak membayar zakat dengan
kedua rahangnya, sambil berkata, ‘Aku adalah hartamu.’
Selepas menceritakan kisah tersebut, Rasulullah
s.a.w. melantunkan ayat al-Quran, “Sekali-kali janganlah manusia-manusia yang bakhil
dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya menyangka
bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk
bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu nanti akan dikalungkan di lehernya
di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah segala warisan (yang ada) di langit dan di
bumi. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Ali ‘Imran : 180)
(HR Al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 4565)
Hadis Sahih: Anjuran Membunuh Ular
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: HS Abdullah bin Muhammad, HS Hisyam bin Yusuf, HS
Ma`mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim, daripada Ibnu Umar
radhiyallahuanhuma, beliau mendengar Nabi SAW berkhutbah di atas mimbar dengan
berkata:
«اقْتُلُوا الحَيَّاتِ، وَاقْتُلُوا ذَا الطُّفْيَتَيْنِ
وَالأَبْتَرَ، فَإِنَّهُمَا يَطْمِسَانِ البَصَرَ، وَيَسْتَسْقِطَانِ الحَبَلَ»
Bunuhlah ular-ular, khususnya Zu Tufyatain dan
al-Abtar. Kerana kedua-duanya dapat merabunkan pandangan serta menyebabkan
keguguran janin.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 3297)
Zu Tufyatain: Ular bergaris putih belakangnya
Al-Abtar: Ular berekor pendek
Hadis Sahih: Daging Ikan Paus
Imam
Muslim dengan
sanadnya meriwayatkan: HS Ahmad bin Yunus, HS Zuhair, HS Abu az-Zubair,
daripada Jabir, (ح) HS Yahya bin Yahya, AB Abu
Khaisamah, daripada Abu az-Zubair, daripada jabir, beliau bercerita:
بَعَثَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّرَ عَلَيْنَا
أَبَا عُبَيْدَةَ، نَتَلَقَّى عِيرًا لِقُرَيْشٍ، وَزَوَّدَنَا جِرَابًا مِنْ
تَمْرٍ لَمْ يَجِدْ لَنَا غَيْرَهُ، فَكَانَ أَبُو عُبَيْدَةَ يُعْطِينَا تَمْرَةً
تَمْرَةً، قَالَ: فَقُلْتُ: كَيْفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ بِهَا؟
Rasulullah mengutuskan kami dan memerintahkan
Abu Ubaidah sebagai pempin untuk menghalau kafilah dagang Quraisy. Rasulullah
s.a.w. hanya membekali kami dengan sekantung kurma. Tidak ada yang lain
melainkan itu sahaja. Abu Ubaidah membagikannya kepada kami dan masing-masing
mendapat sebiji kurma. Aku bertanya, ‘Apa yang dapat kita buat dengan sebiji
kurma ini?’
قَالَ: نَمَصُّهَا كَمَا يَمَصُّ الصَّبِيُّ، ثُمَّ نَشْرَبُ عَلَيْهَا مِنَ
الْمَاءِ، فَتَكْفِينَا يَوْمَنَا إِلَى اللَّيْلِ، وَكُنَّا نَضْرِبُ بِعِصِيِّنَا
الْخَبَطَ، ثُمَّ نَبُلُّهُ بِالْمَاءِ فَنَأْكُلُهُ، قَالَ: وَانْطَلَقْنَا عَلَى
سَاحِلِ الْبَحْرِ، فَرُفِعَ لَنَا عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ كَهَيْئَةِ الْكَثِيبِ
الضَّخْمِ، فَأَتَيْنَاهُ فَإِذَا هِيَ دَابَّةٌ تُدْعَى الْعَنْبَرَ،
Abu Ubaidah menjawab, ‘Kita hisap seperti anak
kecil menghisap kemudian kita minum air yang ada di dalamnya. Maka cukuplah
untuk mengganjal perut kita daripada rasa lapar dari siang hingga malam.
Kemudian nanti di tengah perjalanan, kita pukulkan tongkat-tongkat kita ke daun-daun,
lalu kita basahi dengan air untuk kita minum.’
Kami pun pergi untuk menunaikan misi yang
diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w., kami menyusuri tepi pantai. Sewaktu
berada di tepi pantai itu, kami melihat seolah-olah ada gondolan pasir sebesar
bukit. Kami pun bergegas mendekatinya dan ternyata ia adalah ikan paus yang
terdampar.
قَالَ: قَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ: مَيْتَةٌ، ثُمَّ قَالَ: لَا، بَلْ نَحْنُ
رُسُلُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَفِي سَبِيلِ اللهِ،
وَقَدِ اضْطُرِرْتُمْ فَكُلُوا،
Abu Ubaidah berkata, ‘Ikan ini sudah menjadi
bangkai.’ Kemudian dia berkata pula, ‘Kita adalah delegasi Rasulullah dan kita
sedang berjuang fi Sabilillah. Kita juga dalam keadaan terpaksa. Maka makanlah
bangkai paus ini.’
قَالَ: فَأَقَمْنَا عَلَيْهِ شَهْرًا وَنَحْنُ ثَلَاثُ مِائَةٍ حَتَّى
سَمِنَّا، قَالَ: وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا نَغْتَرِفُ مِنْ وَقْبِ عَيْنِهِ
بِالْقِلَالِ الدُّهْنَ، وَنَقْتَطِعُ مِنْهُ الْفِدَرَ كَالثَّوْرِ، أَوْ
كَقَدْرِ الثَّوْرِ، فَلَقَدْ أَخَذَ مِنَّا أَبُو عُبَيْدَةَ ثَلَاثَةَ عَشَرَ
رَجُلًا، فَأَقْعَدَهُمْ فِي وَقْبِ عَيْنِهِ،
وَأَخَذَ ضِلَعًا مِنْ أَضْلَاعِهِ
Kami yang seramai 300 orang menetap di tepi
pantai itu selama sebulan. Badan kami menjadi gemuk. Kami menyuling minyak ikan
yang keluar daripada lubang matanya dengan bekas air yang kami bawa. Kami
memotong daging ikan besar itu, setiap potongnya seperti kijang atau sebesar
itu. Abu Ubaidah melantik 13 orang antara kami untuk menjadi pemotong ikan
besar. Antara mereka ada yang melubangi matanya untuk diambil minyaknya,
sebahagian yang lain memotong tulang-tulang dan memisahkan dagingnya.
فَأَقَامَهَا ثُمَّ رَحَلَ أَعْظَمَ بَعِيرٍ مَعَنَا، فَمَرَّ مِنْ تَحْتِهَا
وَتَزَوَّدْنَا مِنْ لَحْمِهِ وَشَائِقَ، فَلَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ
أَتَيْنَا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرْنَا ذَلِكَ
لَهُ، فَقَالَ: «هُوَ رِزْقٌ أَخْرَجَهُ اللهُ لَكُمْ، فَهَلْ مَعَكُمْ مِنْ
لَحْمِهِ شَيْءٌ فَتُطْعِمُونَا؟»، قَالَ: فَأَرْسَلْنَا إِلَى رَسُولِ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُ فَأَكَلَهُ
Kemudian daging-daging ikan itu diangkut dengan
unta yang paling besar yang khusus untuk membawa daging tersebut dan disokong dari
bawahnya juga. Kami mengalas perut dengan daging ikan tersebut. Setibanya di
bumi Madinah, kami menghadap Rasulullah s.a.w. dan menceritakan semua yang
terjadi di tepi pantai itu kepada Rasulullah s.a.w.. Selepas mendengar cerita
kami, Rasulullah s.a.w. berkata, “Itu adalah rezeki yang diberikan oleh Allah
kepada kamu. Masih adakah sisa dagingnya yang boleh kamu bahagikan kepada
kami?” Maka kami pun dengan senang hati menyerahkan daging ikan paus kepada
Rasulullah s.a.w. dan baginda memakannya.’
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 1935)
Hadis Sahih: Sahabat Menjampi
Imam
al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: HS Abu
an-Nu`man, HS Abu `Awanah, daripada Abi Bisyr, daripada Abu al-Mutawakkal,
daripada Abu Sa`id radhiyallahuanhu, beliau bercerita:
انْطَلَقَ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم فِي سَفْرَةٍ سَافَرُوهَا حَتَّى نَزَلُوا عَلَى حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ
الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمْ فَلُدِغَ سَيِّدُ ذَلِكَ
الْحَىِّ فَسَعَوْا لَهُ بِكُلِّ شَيْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ شَيْءٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ
لَوْ أَتَيْتُمْ هَؤُلاَءِ الرَّهْطَ الَّذِينَ نَزَلُوا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ عِنْدَ
بَعْضِهِمْ شَيْءٌ
Sebahagian sahabat Nabi SAW telah keluar
bermusafir. Sehinggalah mereka sampai di suatu kawasan pendalaman. Para sahabat
meminta kepada orang kawasan itu untuk menjadikan mereka sebagai tetamu. Namun
permintaan mereka ditolak dengan keras.
Tiba-tiba pemimpin orang Arab kawasan tersebut
telah digigit (oleh kala jengking). Mereka pun melakukan berbagai cara
perubatan tetapi tetap juga tidak dapat mengubatinya. Lalu di kalangan mereka
ada yang berkata: ‘Bagaimana kalau kita bawakan pemimpin kita kepada kumpulan
yang datang tadi. Barangkali mereka mempunyai sesuatu yang dapat mengubati
pemimpin kita ini’.
فَأَتَوْهُمْ فَقَالُوا يَا أَيُّهَا الرَّهْطُ
إِنَّ سَيِّدَنَا لُدِغَ وَسَعَيْنَا لَهُ بِكُلِّ شَيْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ فَهَلْ عِنْدَ
أَحَدٍ مِنْكُمْ مِنْ شَيْءٍ فَقَالَ بَعْضُهُمْ نَعَمْ وَاللَّهِ إِنِّي لأَرْقِي
وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَقَدِ اسْتَضَفْنَاكُمْ فَلَمْ تُضِيِّفُونَا فَمَا أَنَا بِرَاقٍ
لَكُمْ حَتَّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلاً فَصَالَحُوهُمْ عَلَى قَطِيعٍ مِنَ الْغَنَمِ
Lantas mereka pun membawa dia kepada para
sahabat, seraya mereka berkata:
“Wahai kafilah, pemimpin kami telah digigit
(oleh kala jengking). Kami telah berusaha mengubatinya, tetapi tidak berkesan.
Adakah kamu mempunyai sesuatu yang dapat mengubatinya?” Salah seorang sahabat
Nabi telah berkata:
“Ya! Demi Allah aku akan menjampi pemimpin kamu
itu. Tetapi demi Allah, sebelum ini kami telah meminta kamu menerima kami
sebagai tetamu tetapi kamu benar-benar tidak mahu menerima permintaan kami. Aku
tidak akan menolong kamu sehinggalah kamu berjanji memberikan kami sesuatu.” Mereka
pun bersetuju untuk memberikan sekumpulan kambing.
فَانْطَلَقَ يَتْفِلُ عَلَيْهِ وَيَقْرَأُ
{الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ} فَكَأَنَّمَا نُشِطَ مِنْ عِقَالٍ فَانْطَلَقَ
يَمْشِي وَمَا بِهِ قَلَبَةٌ قَالَ فَأَوْفَوْهُمْ جُعْلَهُمُ الَّذِي صَالَحُوهُمْ
عَلَيْهِ
Sahabat Nabi tersebut pun menghembus pemimpin
mereka, dan membaca surah al-Fatihah. Seketika kemudian, nampaklah dia sihat
kembali. Seakan-akan terbebas dari ikatan tali. Dia bangun dan berjalan, tidak
menunjukkan tanda-tanda kesakitan lagi. Lalu mereka pun memberikan barang yang
telah dipersetujui tadi.
فَقَالَ بَعْضُهُمُ اقْسِمُوا فَقَالَ الَّذِي
رَقَى لاَ تَفْعَلُوا حَتَّى نَأْتِيَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَنَذْكُرَ لَهُ
الَّذِي كَانَ فَنَنْظُرَ مَا يَأْمُرُنَا فَقَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللهِ صلى الله
عليه وسلم فَذَكَرُوا لَهُ فَقَالَ وَمَا يُدْرِيكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ، ثُمَّ قَالَ
- قَدْ أَصَبْتُمُ اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِي مَعَكُمْ سَهْمًا فَضَحِكَ رَسُولُ اللهِ
صلى الله عليه وسلم.
Sebahagian dari sahabat berkata: ‘Bahagikanlah
ia’. Namun sahabat nabi yang menjampi tadi berkata: ‘Janganlah dibahagikan
lagi, sehinggalah kita telah menemui Nabi SAW , dan kita ceritakan apa yang telah
berlaku kepada baginda. Lalu kita lihatlah apa yang akan diperintahkan baginda
kepada kita.’
Mereka pun bertemu Rasulullah SAW lantas
menceritakan kisah yang berlaku. Rasulullah pun bertanya: ‘Bagaimana kamu tahu
bahawa al-Fatihah itu boleh dijadikan jampi?’ kemudian Rasulullah berkata lagi
: ‘Benarlah apa yang kamu lakukan. Bahagikanlah pemberian itu, dan berikanlah
kepadaku sedikit’ lalu Rasulullah SAW pun ketawa”.
[HR Al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari: 2276]
Hadis Sahih: Larangan mengasah-asah pisau di hadapan haiwan yang ingin disembelih
Imam
al-Hakim dengan
sanadnya meriwayatkan: HS Muhammad bin Soleh bin Hani’, HS Yahya bin Muhammad
bin Yahya asy-Syahid rahimahullah, HS Abdur Rahman bin al-Mubarak al`Aisyi, HS
Hammad bin Zaid, daripada `Asim, daripada `Ikrimah, daripada Ibnu `Abbas
bercerita:
أَنَّ رَجُلًا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحُهَا وَهُوَ يَحُدُّ
شَفْرَتَهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَتُرِيدُ أَنْ
تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ هَلَّا حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا»
Seorang pemuda membaringkan seekor kambing yang
mahu disembelihnya sambil mengasah pisau. Maka Rasulullah s.a.w. berkata,
“Adakah kamu ingin mematikannya berkali-kali? Kenapa kau tidak mengasah pisaumu
terlebih dahulu sebelum kau membaringkan kambingmu?”
(HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak,
bilangan: 7563)
Kualiti Hadis
Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih di atas
syarat Imam al-Bukhari tetapi tidak direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim di
dalam kitab sahih mereka berdua.
Az-Zahabi berkata: (Benar) di atas syarat
al-Bukhari.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)