Home » Posts filed under Hadis Sahih
Showing posts with label Hadis Sahih. Show all posts
Beriman Dengan Nabi
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، وَلَا نَصْرَانِيٌّ، ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
Demi diri Muhammad di tangan-Nya, Tidak ada seorangpun orang yang mendengar tentang (kenabian)ku dari kalangan umat ini sekalipun Yahudi mahupun Nasrani kemudian dia mati sedangkan tidak beriman dengan (agama) yang aku diutuskan dengannya, melainkan dia akan menjadi sebahagian daripada ahli neraka.
(HR Muslim, bilangan: 240)
Hadis Sahih: Kelebihan Orang Berilmu
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan: HS
Muhammad bin Abdul A`la as-San`ani, beliau berkata: HS Salamah bin Raja’,
beliau berkata: HS al-Walid bin Jamil, beliau berkata: HS al-Qasim Abu Abdur
Rahman, daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata:
ذُكِرَ
لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا
عَابِدٌ وَالآخَرُ عَالِمٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ:
Rasulullah
SAW menyebutkan tentang dua orang lelaki, salah seorangnya adalah orang yang
kuat beribadah (`Abid), manakala yang seorang lagi pula adalah orang yang terpelajar
(`Alim). Lalu Rasulullah bersabda:
«فَضْلُ
العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ»
Kelebihan antara seorang `abid dengan seorang `alim ialah seumpama
kelebihan diriku berbanding orang yang paling rrendah (darjat) dalam kalangan
kalian.
ثُمَّ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي
جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ»
Kemudian
Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya para malaikat
serta seluruh penduduk langit dan bumi, bahkan semut-semut di sarangnya dan
ikan paus, mereka semua berselawat atas manusia yang mengajarkan kebaikan
kepada manusia.
Imam
at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih, Gharib.
(HR
At-Tirmizi di dalam Sunan At-Tirmizi, bilangan: 2685)
Hadis Sahih: Allah Maha Pengampun
Imam
al-Bukhari
dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Ahmad bin Ishaq,
diceritakan kepadaku oleh Amru bin Asim, diceritakan kepada kami oleh Hammam,
diceritakan kepada kami Ishaq bin Abdullah, aku mendengar Abdur Rahman bin Abi
Amrah, beliau berkata: aku mendengar Abu Hurairah, beliau berkata: aku mendengar
Nabi SAW bersabda:
"
إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا - وَرُبَّمَا قَالَ أَذْنَبَ ذَنْبًا - فَقَالَ:
رَبِّ أَذْنَبْتُ - وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَبْتُ - فَاغْفِرْ لِي، فَقَالَ رَبُّهُ:
أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ
بِهِ؟ غَفَرْتُ لِعَبْدِي،
Seorang hamba telah ditimpa dosa – atau baginda berkata: dia telah
melakukan satu dosa – maka hamba itu berkata: “Tuhanku, aku telah melakukan
dosa – atau dia berkata: aku telah ditimpa dosa- maka ampunilah aku.”
Lantas Tuhannya berkata: “Adakah hambaku mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang
mengampuni dosa dan dapat menghukumnya? Aku telah mengampuni hambaku itu.”
ثُمَّ مَكَثَ
مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا، أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ
أَذْنَبْتُ - أَوْ أَصَبْتُ - آخَرَ، فَاغْفِرْهُ؟ فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي
أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ؟ غَفَرْتُ لِعَبْدِي،
Hamba tersebut berehat sebentar, kemudian dia ditimpa dosa lagi atau
melakukan dosa lagi. Dia berdoa: Tuhanku aku telah melakukan dosa – atau dia
berkata: aku telah ditimpa dosa lagi maka ampunilah dia” Maka Allah berkata: “Adakah
hambaku mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan dapat
menghukumnya? Aku telah mengampuni hambaku itu.”
ثُمَّ مَكَثَ
مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَابَ ذَنْبًا،
قَالَ: قَالَ: رَبِّ أَصَبْتُ - أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ - آخَرَ، فَاغْفِرْهُ لِي،
فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ؟
غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلاَثًا، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ "
Hamba tersebut berehat sebentar, kemudian melakukan dosa lagi atau dia
ditimpa dosa lagi. Dia berdoa: “Tuhanku aku telah ditimpa dosa lagi – atau dia
berkata: aku melakukan dosa lagi maka ampunilah aku” Maka Allah berkata: “Adakah
hambaku mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan dapat
menghukumnya? Aku telah mengampuni hambaku itu sebanyak tiga kali. Maka
lakukanlah apa yang kamu mahu.”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, bilangan: 7507)
Hadis Sahih: Kisah Dajal
Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Abu
Khaisamah Zuhair bin Harb, diceritakan kepada kami oleh al-Walid bin Muslim,
diceritakan kepada kami oleh Abdur Rahman bin Yazid bin Jabir, diceritakan
kepada kami oleh Yahya bin Jabir at-Toily – Qadhi Homs, diceritakan kepada kami
oleh Abdur Rahman bin Jubair, daripada bapanya Jubair bin Nufair al-Hadhrami,
bahawa dia mendengar daripada an-Nawwas bin Sam`an al-Kalaby (ح)
Diceritakan
kepadaku oleh Muhammad bin Mihran ar-Razzi – Lafaz ini adalah daripadanya-
Diceritakan kepada kami oleh al-Walid bin Muslim, diceritakan kepada kami oleh
Abdur Rahman bin Yazid bin Jabir, daripada Yahya bin Jabir at-Toie, daripada
Abdur Rahman bin Jubair bin Nufair, daripada bapanya Jubair bin Nufair,
daripada an-Nawwas bin Sam`an, beliau berkata:
ذَكَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ، فَخَفَّضَ فِيهِ وَرَفَّعَ، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي
طَائِفَةِ النَّخْلِ، فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِينَا، فَقَالَ:
«مَا شَأْنُكُمْ؟»
Suatu pagi,
Rasulullah saw bercerita tentang Dajal kepada kami. Ketika bercerita,
Rasulullah saw menundukkan dan mengangkat pandangan baginda, sehinggakan kami
menyangka ketika itu Dajal sedang berada di sekitar pohon kurma. Apabila kami
pergi melihatnya, Rasulullah saw mengetahui perasaan takut kami terhadap Dajal,
maka baginda bertanya, “Apakah yang terjadi kepada kalian?”
قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ غَدَاةً، فَخَفَّضْتَ
فِيهِ وَرَفَّعْتَ، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ،
Kami menjawab,
“Wahai utusan Allah. Pagi tadi, kamu telah menceritakan tentang Dajal. Semasa
bercerita kamu menundukkan pandangan dan mengangkat kembali sehingga kami
menyangka ketika itu Dajal sedang berada di sekitar pohon kurma.”
فَقَالَ: «غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَيْكُمْ، إِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا
فِيكُمْ، فَأَنَا حَجِيجُهُ دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ،
فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ وَاللهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Rasulullah saw
berkata, “Bukanlah Dajal yang aku lebih takut menimpa
kamu. Jika Dajal itu muncul ketika aku masih berada bersama kamu, maka aku
dapat menjadi hujah (penentang) untuk kamu. Jika dia muncul ketika aku tidak
lagi bersama kamu, maka setiap orang menjadi hujah bagi dirinya sendiri. Allah
adalah penggantiku bagi setiap Muslim.
إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ، عَيْنُهُ طَافِئَةٌ، كَأَنِّي أُشَبِّهُهُ بِعَبْدِ الْعُزَّى
بْنِ قَطَنٍ، فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ، فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ
سُورَةِ الْكَهْفِ، إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّأْمِ وَالْعِرَاقِ،
فَعَاثَ يَمِينًا وَعَاثَ شِمَالًا، يَا عِبَادَ اللهِ فَاثْبُتُوا»
Dajal
ialah seorang pemuda yang rambutnya kerinting, matanya menonjol, aku lihat ia
menyerupai Abd Uzza bin Qattan. Sesiapa sahaja antara kamu yang melihatnya,
maka bacalah permulaan surah al-Kahfi. Dajal muncul antara kota Syam dan Iraq.
Dia merosakkan bahagian kiri dan kanan kota tersebut. Wahai hamba-hamba Allah,
bertenanglah!”
قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ:
«أَرْبَعُونَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ، وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ، وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ،
وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ» قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ فَذَلِكَ
الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ، أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ؟ قَالَ: «لَا،
اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ»
Kami bertanya.
“Wahai utusan Allah! Berapa lama Dajal akan tinggal di bumi?” Rasulullah saw
menjawab, “40 hari. Namun, satu hari waktunya seperti
satu tahun, sehari seperti satu bulan. Sehari seperti satu jumaat, dan seluruh
hari-hari yang berikutnya adalah seperti seluruh hari yang kamu jalani.” Kami
bertanya. “Wahai utusan Allah. Bagaimana menurut kamu satu hari yang seperti
satu tahun itu, adakah kami cukup melakukan solat satu hari saja?” Rasulullah
saw menjawab. “Tidak! Kamu kiralah sendiri!”
قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا إِسْرَاعُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: "
كَالْغَيْثِ اسْتَدْبَرَتْهُ الرِّيحُ، فَيَأْتِي عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوهُمْ،
فَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ، فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ،
وَالْأَرْضَ فَتُنْبِتُ، فَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ سَارِحَتُهُمْ، أَطْوَلَ مَا
كَانَتْ ذُرًا، وَأَسْبَغَهُ ضُرُوعًا، وَأَمَدَّهُ خَوَاصِرَ، ثُمَّ يَأْتِي الْقَوْمَ،
فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قَوْلَهُ، فَيَنْصَرِفُ عَنْهُمْ،
فَيُصْبِحُونَ مُمْحِلِينَ لَيْسَ بِأَيْدِيهِمْ شَيْءٌ مِنْ أَمْوَالِهِمْ،
Kami bertanya lagi,
“Wahai utusan Allah. Bagaimana kecepatan Dajal di bumi ini?” Rasulullah saw
menjawab, “Seperti kecepatan awan (hujan) yang diikuti
oleh angin dari belakang. Dajal datang menemui suatu kaum dan mengajak mereka, Dajal
kemudian datang menemui suatu kaum yang lain dan mengajak mereka. Kaum itu
menyambut ajakan Dajal dan membenarkannya. Dajal lantas memerintahkan langit
untuk menurunkan hujan dan hujan pun turun. Dia memerintahkan bumi untuk
menumbuhkan tanaman dan tanaman pun tumbuh. Kemudian, binatang ternakan mereka
kembali kepada mereka dalam keadaan tinggi (tubuhnya) seperti puncak, rusuknya
lebar (kerana kenyang) dan mengeluarkan air susu yang sangat deras. Kemudian Dajal
datang menemui suatu kaum dan mengajak mereka, namun kaum itu tidak mempercayai
Dajal dan tidak menjawab seruannya sehinggakan Dajal pergi dari mereka. Namun,
harta mereka mengikutinya sehingga mereka tidak memiliki apapun.
وَيَمُرُّ بِالْخَرِبَةِ، فَيَقُولُ لَهَا: أَخْرِجِي كُنُوزَكِ، فَتَتْبَعُهُ
كُنُوزُهَا كَيَعَاسِيبِ النَّحْلِ، ثُمَّ يَدْعُو رَجُلًا مُمْتَلِئًا شَبَابًا،
فَيَضْرِبُهُ بِالسَّيْفِ فَيَقْطَعُهُ جَزْلَتَيْنِ رَمْيَةَ الْغَرَضِ، ثُمَّ
يَدْعُوهُ فَيُقْبِلُ وَيَتَهَلَّلُ وَجْهُهُ، يَضْحَكُ،
Dajal
kemudian pergi kepada tanah yang telah hancur dan berkata kepada tanah
tersebut, “Keluarkanlah hartamu!” Lalu harta tersebut mengikutinya seperti
sekumpulan lebah. Dajal kemudian memanggil seorang yang penuh dengan sifat
kepmudaan. Dia dilibas dengan pedang sehinggakan tubuhnya terbelah dua. Dajal
kemudian memanggil mayat pemuda yang tubuhnya telah terbelah menjadi dua itu
dan pemuda itu menjawab panggilan Dajal. Tiba-tiba tubuh si pemuda bercantum
seperti semula. Dia bangkit dengan menunjukkan wajah berseri sambil tertawa.
فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللهُ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ،
فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ
مَهْرُودَتَيْنِ، وَاضِعًا كَفَّيْهِ عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ، إِذَا طَأْطَأَ
رَأْسَهُ قَطَرَ، وَإِذَا رَفَعَهُ تَحَدَّرَ مِنْهُ جُمَانٌ كَاللُّؤْلُؤِ،
Dalam
situasi kehidupan seperti itu, Allah bangkitkan al-Masih anak Maryam. Dia turun
pada sebuah menara putih di timur kota
Damsyik, dengan memakai dua mahrudah (kain yang dicelup dengan Zafran).
Nabi Isa meletakkan kedua-dua tangannya pada sayap dua malaikat. Ketika nabi
Allah ini menganggukkan kepalanya, jatuhlah butiran seperti mutiara, jika dia
mengangkat kepalanya, jatuhlah butiran seperti mutiara.
فَلَا يَحِلُّ لِكَافِرٍ يَجِدُ رِيحَ نَفَسِهِ إِلَّا مَاتَ، وَنَفَسُهُ
يَنْتَهِي حَيْثُ يَنْتَهِي طَرْفُهُ، فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ
لُدٍّ، فَيَقْتُلُهُ،
Pada
waktu itu, tidaklah seseorang (orang kafir) yang menghidu bau nafas Isa
melainkan dia akan mati. Bau nafasnya memiliki jarak sejauh pandangan matanya.
Nabi Isa kemudian mencari Dajal dan mendapatinya berada di hadapan Gerbang Lud,
kemudian nabi Allah ini membunuh Dajal.”
(HR Muslim
di dalam Sahih Muslim, bilangan: 2937)
Hadis Sahih: Sengsara Umat Terdahulu
Imam
al-Bukhari dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepadaku oleh Muhammad bin al-Musanna,
diceritakan kepada kami oleh Yahya, daripada Ismail, diceritakan kepada kami
oleh Qais, daripada Khabbab bin al-Arat, beliau berkata:
شَكَوْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ فِي ظِلِّ الكَعْبَةِ، قُلْنَا لَهُ:
أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا، أَلاَ تَدْعُو اللَّهَ لَنَا؟
Kami mengadu kepada Rasulullah SAW, ketika itu
baginda sedang berbantalkan selimutnya di bawah bayangan Kaabah. Kami bertanya
kepada baginda: “Tidakkah engkau meminta pertolongan untuk kami? Tidakkah
engkau berdoa untuk kami?”
قَالَ: «كَانَ الرَّجُلُ فِيمَنْ قَبْلَكُمْ يُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ،
فَيُجْعَلُ فِيهِ، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُشَقُّ بِاثْنَتَيْنِ،
وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ مَا دُونَ
لَحْمِهِ مِنْ عَظْمٍ أَوْ عَصَبٍ، وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ
لَيُتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرَ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى
حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، أَوِ الذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ،
وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ»
Baginda bercerita: Seorang
lelaki daripada kalangan umat sebelum kamu ini telah digali tanah untuknya,
lalu ia diletakkan di dalam lubang tersebut. Kemudian diletakkan gergaji di
atas kepalanya lalu dibelah sehingga menjadi dua bahagian. Perkara tersebut tidak menghalangnya daripada terus teguh di dalam agamanya. Tulang dan urat di
bawah dagingnya disikat dengan sikat besi. Tetapi ia tetap tidak menghalangnya
daripada terus teguh di dalam agamanya.
Demi Allah! Akan menjadi sempurna
urusan (agama Islam) ini sehinggalah seorang penunggang kuda mengembara dari Sanaa
hingga Hadharamaut. Dia tidak takut melainkan kepada Allah, serta dia tidak
bimbang serigala akan memakan kambingnya. Tetapi kamu sangat tergesa-gesa.
(HR Al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari,
bilangan: 3612)
Hadis Sahih: Kisah Sarah dan Raja Yang Kejam
Imam
Muslim bin al-Hajjaj
dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada aku oleh Abi at-Thohir,
diceritakan kepadaku oleh Abdullah bin Wahab, diberitakan kepadaku oleh Jarir
bin Hazim, daripada Ayyub as-Sakhtiyani, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu
Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bercerita:
لَمْ يَكْذِبْ إِبْرَاهِيمُ النَّبِيُّ عَلَيْهِ السَّلَامُ، قَطُّ إِلَّا
ثَلَاثَ كَذَبَاتٍ، ثِنْتَيْنِ فِي ذَاتِ اللهِ، قَوْلُهُ: إِنِّي سَقِيمٌ،
وَقَوْلُهُ: بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا، وَوَاحِدَةٌ فِي شَأْنِ سَارَةَ،
Nabi
Ibrahim AS tidak pernah menipu melainkan tiga kali. Dua kali pada zat Allah,
firman Allah: “Sesungguhnya Aku sakit.” Dan firman Allah: “Sebenarnya patung
yang besar itulah yang melakukannya.” Manakala satu lagi adalah atas urusan
Sarah.
فَإِنَّهُ قَدِمَ أَرْضَ جَبَّارٍ وَمَعَهُ سَارَةُ، وَكَانَتْ أَحْسَنَ
النَّاسِ، فَقَالَ لَهَا: إِنَّ هَذَا الْجَبَّارَ، إِنْ يَعْلَمْ أَنَّكِ
امْرَأَتِي يَغْلِبْنِي عَلَيْكِ، فَإِنْ سَأَلَكِ فَأَخْبِرِيهِ أَنَّكِ أُخْتِي،
فَإِنَّكِ أُخْتِي فِي الْإِسْلَامِ، فَإِنِّي لَا أَعْلَمُ فِي الْأَرْضِ
مُسْلِمًا غَيْرِي وَغَيْرَكِ،
Nabi
Ibrahim memasuki tanah pemerintah yang kejam. Bersama-sama beliau ialah Sarah.
Satah ialah seorang wanita yang sangat cantik. Lalu Ibrahim berkata: “Pemimpin
kejam ini, jika dia tahu bahawa engkau adalah isteriku, nescaya dia akan
merampasmu dariku. Seadnainya dia bertanya kamu, hendaklah kamu memberitahunya
bahawa engkau adalah saudara perempuanku. Sememangnya engkau ialah saudara
perempuanku di dalam Islam. Aku tidak mengetahui orang Islam yang lain di
tempat berkenaan melainkan aku dan kamu.”
فَلَمَّا دَخَلَ أَرْضَهُ رَآهَا بَعْضُ أَهْلِ الْجَبَّارِ،
أَتَاهُ فَقَالَ لَهُ: لَقَدْ قَدِمَ أَرْضَكَ امْرَأَةٌ لَا يَنْبَغِي لَهَا أَنْ
تَكُونَ إِلَّا لَكَ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهَا فَأُتِيَ بِهَا فَقَامَ إِبْرَاهِيمُ
عَلَيْهِ السَّلَامُ إِلَى الصَّلَاةِ،
Apabila Ibrahim memasuki tanah
berkenaan, para penduduk negeri tersebut telah melihat Sarah. Lalu mereka
mendatangi pemerintah dan berkata: “Tanah jajahan kamu telah dimasuki oleh
seorang wanita yang tidak layak bagi orang lain melainkan engkau sahaja.” Lalu
dihantar utusan kepada Sarah dan dibawanya (menghadap raja). Lantas Ibrahim AS
bangun mengerjakan solat.
فَلَمَّا دَخَلَتْ عَلَيْهِ لَمْ يَتَمَالَكْ أَنْ بَسَطَ يَدَهُ
إِلَيْهَا، فَقُبِضَتْ يَدُهُ قَبْضَةً شَدِيدَةً، فَقَالَ لَهَا: ادْعِي اللهَ
أَنْ يُطْلِقَ يَدِي وَلَا أَضُرُّكِ، فَفَعَلَتْ، فَعَادَ، فَقُبِضَتْ أَشَدَّ
مِنَ الْقَبْضَةِ الْأُولَى، فَقَالَ لَهَا مِثْلَ ذَلِكَ، فَفَعَلَتْ،
Apabila Sarah telah menghadap sang
raja, raja berkenaan tidak mampu lagi mengawal dirinya daripada melapangkan
tangannya kepada Sarah. Lantas Sarah menggengam tangannya dengan genggaman yang
sangat kuat. Raja itu berkata kepada Sarah: “Berdoalah kepada Allah supaya
melepaskan tanganku dan aku tidak akan mengapa-apakanmu.” Sarah pun mendoakannya.
فَعَادَ، فَقُبِضَتْ أَشَدَّ مِنَ الْقَبْضَتَيْنِ
الْأُولَيَيْنِ، فَقَالَ: ادْعِي اللهَ أَنْ يُطْلِقَ يَدِي، فَلَكِ اللهَ أَنْ
لَا أَضُرَّكِ، فَفَعَلَتْ، وَأُطْلِقَتْ يَدُهُ،
Tetapi raja berkenaan mengulangi
kembali perbuatannya. Sarah sekali lagi menggengam tangan raja itu dengan
genggaman yang lebih kuat daripada yang mula-mula tadi. Raja itu memohon
seperti permohonan pertama: “Berdoalah kepada Allah supaya melepaskan aku. Aku
bersumpah tidak akan mengapa-apakanmu. Sarah mendoakannya dan melepaskan tangannya.
وَدَعَا الَّذِي جَاءَ بِهَا فَقَالَ لَهُ: إِنَّكَ إِنَّمَا
أَتَيْتَنِي بِشَيْطَانٍ، وَلَمْ تَأْتِنِي بِإِنْسَانٍ، فَأَخْرِجْهَا مِنْ
أَرْضِي، وَأَعْطِهَا هَاجَرَ.
Kemudian si raja memanggil orang
yang membawa Sarah, lantas berkata: “Engkau telah membawa syaitan kepadaku.
Engkau tidak membawa manusia kepadaku. Keluarkanlah dia daripada tanah
jajahanku dan berikanlah Hajar kepadanya.”
قَالَ: فَأَقْبَلَتْ تَمْشِي، فَلَمَّا رَآهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ
السَّلَامُ انْصَرَفَ، فَقَالَ لَهَا: مَهْيَمْ؟ قَالَتْ: خَيْرًا، كَفَّ اللهُ
يَدَ الْفَاجِرِ، وَأَخْدَمَ خَادِمًا " قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: فَتِلْكَ
أُمُّكُمْ يَا بَنِي مَاءِ السَّمَاءِ
Sarah pulang dengan berjalan.
Apabila Ibrahim AS melihatnya, dia menyambutnya. Lalu baginda bertanya: Apa
khabarmu? Sarah menjawab: Baik. Allah telah melindungiku daripada tangan orang
yang derhaka serta dia telah memberiku seorang khadam (pembantu wanita).
Abu Hurairah berkata: “Itulah (Hajar) ibu kamu,
wahai anak cucu air dari langit (zam-zam)!
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim,
bilangan: 2371)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)