Home » Posts filed under Hadis Dhoif
Showing posts with label Hadis Dhoif. Show all posts
Hadis Dhoif: Melazimi Istighfar
Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Hisyam bin `Ammar, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh al-Walid bin Muslim, beliau berkata: Diceritakan kepada kami
oleh alHakam bin Mus`ab, daripada Muhammad bin Ali bin Abdullah bin `Abbas,
beliau mengambil hadis daripada Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Abbas berkata:
Rasulullah bersabda:
«مَنْ
لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا،
وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ»
Sesiapa yang melazimi diri dengan beristighfar, maka
Allah akan menjadikan untuk setiap kesusahan ada kelapangan, untuk setiap
kesempitan ada jalan keluar, dan diberikan rezeki daripada arah yang tidak
disangka-sangka.
(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu
Majah, bilanga: 3819)
Kualiti Hadis:
Syeikh
Syu`aib al-Arnaouth menyatakan bahawa isnadnya Dhoif kerana Al-Hakam bin Mus`ab
adalah perawi yang majhul.
Penjelasan
Sekalipun
hadis ini dhif, melazimi diri dengan istighfar tidak menjadi satu kesalahan
bahkan dianjurkan di dalam hadis-hadis yang lain. Ini hadis terbaik bagi
menerangkan “Boleh beramal dengan hadis dhoif sekiranya amalan tersebut
disyariatkan.”
Hadis Dhoif: Mati Sebagai Kristian atau Yahudi Apabila Tidak Kerjakan Haji.
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Muhammad bin Yahya al-Quthoie al-Basri, beliau berkata: Diceritakan
kepada kami oleh Muslim bin Ibrahim, beliau berkata: Diceritakan kepada kami
oleh Hilal bin Abdullah – pembantu Rabiah bin Amru bin Muslim al-Bahily, beliau
berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Ishaq al-Hamdani, daripada al-Haris,
daripada Ali, beliau berkata: Rasulullah bersabda:
مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ
يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا، أَوْ نَصْرَانِيًّا، وَذَلِكَ
أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ: {وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ البَيْتِ
مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا} [آل عمران: 97] "
Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan
yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi ia tidak menunaikan haji maka tidak ada halangan baginya mati
sebagai Yahudi atau Nasrani kerana Allah telah berfirman di
dalam Al-Quran (yang bermaksud): “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan
ibadat haji (dengan) mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan
berkuasa sampai kepadanya’- Ali Imran 97.
(HR at-Tirmizi, di dalam Sunan
at-Tirmizi, bilangan 812)
Ulasan Kualiti Hadis
Al-Albani menyatakan hadis ini Dhoif. Kenyataan
beliau dikuatkan oleh ulasan Imam at-Tirmizi sendiri.
Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini ghorib
(ganjil). Tidak diketahuinya melainkan dengan bentuk ini. Di dalam isnadnya ada
perbincangan. Hilal bin Abdullah adalah seorang yang tidak dikenali (Majhul),
sedangkan al-Haris pula adalah didhoifkan di dalam hadis.
WallahuA`lam.
Hadis Dhoif: Rasulullah Membelai Isterinya
Imam Ahmad bin Hanbal dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Suraij, diceritakan kepada kami oleh Ibnu Abi Az-Zinad, daripada Hisham bin `Urwah, daripada bapanya, daripada Aishah, beliau berkata:
«كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ
يَوْمٍ إِلَّا وَهُوَ يَطُوفُ عَلَيْنَا جَمِيعًا امْرَأَةً امْرَأَةً، فَيَدْنُو
وَيَلْمِسُ مِنْ غَيْرِ مَسِيسٍ، حَتَّى يُفْضِيَ إِلَى الَّتِي هُوَ يَوْمُهَا،
فَيَبِيتَ عِنْدَهَا»
Tidak ada hari bagi Nabi SAW melainkan akan
mengelilingi isteri-isteri baginda seorang demi seorang. Baginda SAW menghampiri
dan membelai tanpa menyetubuhi hinggalah Baginda SAW sampai ke rumah isteri
yang masa gilirannya, kemudian dia bermalam di situ.
(HR Ahmad
di dalam Musnad Ahmad, bilangan: 24765)
Kualiti
Hadis:
Syeikh
Syu`aib al-Arnaouth menyatakan isnad hadis ini Dhoif. Ibnu Abi Az-Zinad –
dia ialah Abdul Rahman – telah meriwayatkan secara bersendirian sedangkan dia
adalah perawi yang tidak boleh meriwayatkan secara bersendirian. Baki perawi di
dalam isnad ini adalah dipercayai dan menjadi perawi bagi Syaikhain (Imam
al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka) melainkan Suraij – dia ialah
Ibnu an-Nu`man, dia adalah perawi al-Bukhari sahaja.
Hadis Dhoif: Hijrah Selepas Hijrah
Dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Akan berlaku hijrah sesudah hijrah (Madinah). Maka sebaik-baik penduduk bumi adalah manusia-manusia yang mendiami tempat hijrah Ibrahim. Kemudian yang tinggal di muka bumi ini hanyalah manusia-manusia jahat. Bumi menolak mereka, Allah menganggap mereka kotor. Dan api akan mengiring mereka bersama kera dan babi
سَتَكُونُ هِجْرَةٌ بَعْدَ هِجْرَةٍ، فَخِيَارُ أَهْلِ الْأَرْضِ أَلْزَمُهُمْ مُهَاجَرَ إِبْرَاهِيمَ، وَيَبْقَى فِي الْأَرْضِ شِرَارُ أَهْلِهَا تَلْفِظُهُمْ أَرْضُوهُمْ، تَقْذَرُهُمْ نَفْسُ اللَّهِ، وَتَحْشُرُهُمُ النَّارُ مَعَ الْقِرَدَةِ وَالْخَنَازِيرِ
Akan berlaku hijrah sesudah hijrah (Madinah). Maka sebaik-baik penduduk bumi adalah manusia-manusia yang mendiami tempat hijrah Ibrahim. Kemudian yang tinggal di muka bumi ini hanyalah manusia-manusia jahat. Bumi menolak mereka, Allah menganggap mereka kotor. Dan api akan mengiring mereka bersama kera dan babi
Perawi Tertinggi: Abdullah bin `Amru |
Muhaddis: Abu Daud | Kitab: Sunan Abu Daud | No. Ruj: 2482
| Kualiti Menurut Muhaddis: -
_____________
Muhaddis Lain: Syu`aib al-Arnaouth | Kualiti
Menurut Muhaddis: Isnad hadis ini
Dhoif kerana dhoifnya Syahr bin Hawsyab.
______________
Rangkaian Sanad: Abu Daud dengan sanadnya
meriwayatkan; HS `Ubaid bin `Amr, HS Mu`az bin Hisyam, HS bapaku,
daripada Qatadah, daripada Syahr bin Hawsyab, daripada Abdullah
bin `Amru, beliau berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Hadis Dhoif: Larangan Bertanya Hal Agama Kepada Yahudi & Nasrani
Rasulullah
SAW bersabda:
لَا تَسْأَلُوا أَهْلَ
الْكِتَابِ عَنْ شَيْءٍ، فَإِنَّهُمْ لَنْ يَهْدُوكُمْ، وَقَدْ ضَلُّوا، فَإِنَّكُمْ
إِمَّا أَنْ تُصَدِّقُوا بِبَاطِلٍ، أَوْ تُكَذِّبُوا بِحَقٍّ، فَإِنَّهُ لَوْ كَانَ
مُوسَى حَيًّا بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ، مَا حَلَّ لَهُ إِلَّا أَنْ يَتَّبِعَنِي
Janganlah
kamu bertanya apa pun kepada ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) kerana mereka
tidak dapat memberi petunjuk kepada kamu, sebab mereka telah sesat. Oleh kerana
itu jika kamu bertanya kepada mereka, boleh jadi kamu membenarkan kebatilan
atau mendustakan kebenaran. Seandainya Nabi Musa masih hidup dalam kalangan
kamu, maka tidak halal baginya melainkan akan mengikuti syariat yang aku bawa.
______________
Perawi Tertinggi: Jabir bin Abdullah |
Muhaddis: Syu`aib al-Arnaouth | Kitab: Musnad Ahmad | No. Ruj: 14631
| Kualiti Menurut Muhaddis: Hadis ini Dhoif kerana kedhaifan perawi bernama
Mujallad.
______________
Rangkaian Sanad: Imam Ahmad dengan sanadnya
berkata: HS Yunus dan selainnya, beliau berkata; HS Hammad iaitu
Ibnu Zaid, HS Mujallad, Daripada `Amir asy-Sya`bi, daripada
Jabir bin Abdullah, daripada Rasulullah SAW.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)