Home » Posts filed under Al-Mustadrak
Showing posts with label Al-Mustadrak. Show all posts
Hadis Sahih: Larangan Menyeksa Burung
Imam
al-Hakim an-Naisaburi dengan
sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada aku oleh Ali bin Isa al-Hiri,
diceritakan kepada kami oleh Ibrahim bin Abi Tholib, diceritakan kepada kami oleh
Ibnu Abi Umar, diceritakan kepada kami oleh Sufyan, diceritakan kepada kami
oleh Amru bin Dinar, beliau berkata: aku mendengar Suhaib – Maula Ibnu `Amir
memberitakan bahawa Abdullah bin Amru radhiyallahuanhuma memberitakan daripada
Nabi SAW, baginda berkata:
«مَا مِنْ إِنْسَانٍ يَقْتُلُ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ
حَقِّهَا إِلَّا سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ»
قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا حَقُّهَا؟ قَالَ: «حَقُّهَا أَنْ يَذْبَحَهَا
فَيَأْكُلَهَا وَلَا يَقْطَعَ رَأْسَهَا فَيَرْمِيَ بِهِ»
“Tidak ada manusia yang membunuh
burung pipit atau yang lebih besar daripada itu tanpa hak melainkan Allah akan
meminta pertanggungjawabannya pada hari kiamat.” Para sahabat bertanya, “Wahai utusan Allah, apa
sebenarnya hak burung itu?” Rasulullah menjawab, “Haknya
(yang dicabuli) ialah ia disembelih, dimakan, tetapi kepalanya tidak dipotong
lalu membuangnya.”
Al-Hakim menyatakan: Hadis ini Sahih Isnadnya
tetapi kedua-dua mereka (al-Bukhari dan Muslim) tidak merekodkannya.
(HR Al-Hakim di dalam al-Mustadrak,
bilangan: 7574)
Ulasan:
Imam az-Zahabi menyatakan di dalam kitab
at-Talkhis: Sahih.
Hadis Sahih: Kisah Nabi Lut dan Kaumnya
Imam al-Hakim an-Naisaburi dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan
kepada kami oleh Muhammad bin Ishaq as-Saffar, diceritakan kepada kami oleh
Ahmad bin Nasr, diceritakan kepada kami oleh `Amru bin Thalhah, diceritakan
kepada kami oleh Asbat, daripada as-Suddi, daripada Abu Malik, daripada Ibnu Abbas
radhiyallahuanhuma, Murrah, Ibnu Mas`ud dan sekumpulan sahabat Nabi SAW
secara marfu`, baginda bercerita:
" لَمَّا خَرَجَتِ الْمَلَائِكَةُ مِنْ عِنْدِ
إِبْرَاهِيمَ نَحْوَ قَرْيَةِ لُوطٍ وَأَتَوْهَا نِصْفَ النَّهَارِ،
فَلَمَّا بَلَغُوا نَهَرَ سَدُومٍ لَقَوُا ابْنَةَ لُوطٍ
تَسْتَقِي مِنَ الْمَاءِ لِأَهْلِهَا وَكَانَ لَهُ ابْنَتَانِ، فَقَالُوا لَهَا:
يَا جَارِيَةُ، هَلْ مِنْ مَنْزِلٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، مَكَانَكُمْ لَا تَدْخُلُوا
حَتَّى آتِيَكُمْ
Apabila Malaikat beredar daripada sisi
Ibrahim kemudian mereka menuju ke perkampungan Lut pada waktu pertengan siang. Ketika
mereka sampai di sungai Sadom, mereka bertemu dengan anak Lut yang sedang
mengambil air untuk keluarganya. Lut mempunyai dua orang anak perempuan. Para
malaikat bertanya: “Wahai perempuan, adakah wujud rumah di sini?” Anak
perempuan Lut menjawab: “Ya ada. Kamu tunggu di sini, jangan masuk sehingga aku
datang semula.”
فَأَتَتْ أَبَاهَا، فَقَالَتْ: يَا أَبَتَاهُ أَدْرِكْ فِتْيَانًا
عَلَى بَابِ الْمَدِينَةِ مَا رَأَيْتُ وُجُوهَ قَوْمٍ هِيَ أَحْسَنُ مِنْهُمْ لَا
يَأْخُذُهُمْ قَوْمُكَ فَيَفْضَحُوهُمْ،
Dia pergi bertemu bapanya (Lut)
lantas berkata: “Wahai ayahku, aku bertemu beberapa orang pemuda di pintu gerbang
kota. Aku tidak pernah melihat wajah orang yang lebih tampan daripada mereka.
Janganlah engkau bawa mereka bertemu kaummu, nescaya nanti mereka akan
melakukan perbuatan yang memalukan terhadap lelaki-lelaki itu.”
وَقَدْ كَانَ قَوْمُهُ نَهَوْهُ أَنْ يُضِيفَ رَجُلًا حَتَّى
قَالُوا: حَلَّ عَلَيْنَا فَلْيُضَيِّفِ الرِّجَالَ فَجَاءَهُمْ وَلَمْ يُعْلِمْ
أَحَدًا إِلَّا بَيْتَ أَهْلِ لُوطٍ، فَخَرَجَتِ امْرَأَتُهُ فَأَخْبَرَتْ
قَوْمَهُ، قَالَتْ: إِنَّ فِي بَيْتِ لُوطٍ رِجَالًا مَا رَأَيْتُ مِثْلَ
وُجُوهِهِمْ قَطُّ،
Kaum Lut melarangnya daripada
menerima tetamu lelaki sehingga mereka berkata: “Maklumkan kepada kami.” Nabi
Lut tetap menerima tetamu-tetamu lelaki berkenaan dan mendatangi mereka. Tidak
ada orang yang mengetahui hal tersebut melainkan ahli keluarga Lut. Tetapi
isteri Lut keluar dan memberitahu kaumnya. Dia berkata: “Di rumah Lut ada
lelaki-lelaki yang aku tidak pernah melihat wajah (yang tampan) seumpama mereka.”
فَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ، فَلَمَّا أَتَوْهُ
قَالَ لَهُمْ لُوطٌ: «يَا قَوْمِ اتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي
أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رُشَيْدٌ هَؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهُرُ لَكُمْ
مِمَّا تُرِيدُونَ» ، قَالُوا لَهُ: أَوَ لَمْ نَنْهَكَ إِنْ تُضَيِّفَ الرِّجَالَ
قَدْ عَلِمْتَ أَنَّ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ، وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ
مَا نُرِيدُ،
Kaum Sadom bergegas menuju ke rumah
Lut. Apabila tiba, Lut berkata kepada mereka: “Wahai kaum! Bertaqwalah kepada
Allah! Janganlah kamu menikam tetamuku. Bukankah di kalangan kalian ada lelaki
yang sudah matang? Ini adalah anak-anak perempuanku, mereka adalah bersih untuk
kalian lakukan apa yang kalian mahu (setelah dinikahi).”
Mereka menjawab: “Bukankah telah
kami larang kamu daripada menerima tetamu lelaki? Engkau telah tahu bahawa kami
tiada hak (keinginan) atas anak-anak kamu. Engkau telah pun tahu apa yang kami
mahukan.”
فَلَمَّا لَمْ يَقْبَلُوا مِنْهُ مَا عَرَضَهُ عَلَيْهِمْ،
قَالَ: «لَوْ أَنَّ لِيَ بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ» يَقُولُ
صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ: «لَوْ أَنَّ لِي أَنْصَارًا يَنْصُرُونِي عَلَيْكُمْ أَوْ
عَشِيرَةً تَمْنَعُنِي مِنْكُمْ لَحَالَتْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ مَا جِئْتُمْ
تُرِيدُونَهُ مِنْ أَضْيَافِي»
Apabila kaum Sadom tidak menerima
tawaran Lut, beliau berkata: “Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk
menolak) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku
lakukan)” Dia berkata juga: “Sekiranya aku mempunyai pembantu yang
dapat membantuku mengalahkan kamu. Atau setidak-tidaknya aku mempunyai keluarga
yang dapat melindungi aku daripada kamu nescaya aku akan melepaskan (masalah) di
antara kamu dan apa yang kamu mahu lakukan kepada tetamu-tetamuku.”
وَلَمَّا قَالَ لُوطٌ: " لَوْ أَنَّ لِيَ بِكُمْ قُوَّةً
أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ بَسَطَ حِينَئِذٍ جِبْرِيلُ جَنَاحَيْهِ فَفَقَأَ
أَعْيُنَهُمْ وَخَرَجُوا يَدُوسُ بَعْضُهُمْ فِي آثَارِ بَعْضٍ عُمْيَانًا،
يَقُولُونَ: النَّجَا النَّجَا، فَإِنَّ فِي بَيْتِ لُوطٍ أَسْحَرَ قَوْمٍ فِي
الْأَرْضِ فَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Ketika Lut berkata: “Seandainya aku
mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada
keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)” maka Jibril membentangkan kedua-dua sayapnya
ketika itu. Maka terpecahlah mata-mata mereka. Mereka keluar dalam keadaan
melangkah di atas kesan langkahan sesama mereka secara buta. Mereka berkata: “Selamatkan
diri! Selamatkan diri! Di dalam rumah Lut terdapat orang yang paling kuat
sihirnya di atas muka bumi ini!”
Demikianlah (benar) firman Allah:
{وَلَقَدْ رَاوَدُوهُ عَنْ ضَيْفِهِ
فَطَمَسْنَا أَعْيُنَهُمْ}
… mereka telah memujuk Nabi Lut
mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka,..
(Al-Qamar: 37)
وَقَالُوا: يَا لُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَنْ يَصِلُوا
إِلَيْكَ، فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطِعٍ مِنَ اللَّيْلِ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنْكُمْ
أَحَدٌ إِلَّا امْرَأَتُكَ فَاتَّبِعْ آثَارَ أَهْلِكَ، يَقُولُ: «وَامْضُوا
حَيْثُ تُؤْمَرُونَ فَأَخْرَجَهُمُ اللَّهُ إِلَى الشَّامِ»
Tetamu Lut berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya
kami adalah utusan daripada Tuhan kamu. Mereka sesekali tidak akan sampai
kepada kamu (untuk menyakitimu). Maka keluarlah bersama keluargamu pada waktu
malam. Janganlah kamu meninggalkan seorang pun melainkan isterimu. Kemudian
ikutilah kesan tapak keluargamu.” Rasulullah berkata: “Mereka lakukan apa yang
telah diperintahkan sehingga Allah mengeluarkan mereka sehingga ke Syam.”
وَقَالَ لُوطٌ: أَهْلِكُوهُمُ السَّاعَةَ فَقَالُوا: إِنَّا لَمْ
نُؤْمَرْ إِلَّا بِالصُّبْحِ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ فَلَمَّا أَنْ كَانَ
السَّحَرُ خَرَجَ لُوطٌ وَأَهْلُهُ عَدَا امْرَأَتِهِ فَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ
عَزَّ وَجَلَّ:
Lalu Lut bertanya: Adakah kamu akan
musnahkan mereka sekarang ini? Para malaikat menjawab: “Kami tidak
diperintahkan melainkan (untuk memusnahkan mereka) pada waktu subuh. Bukankah subuh
itu sudah dekat?” Apabila telah sampai waktu sahur, Lut dan ahli keluarganya
keluar melainkan isterinya. Demikianlah benarnya firman Allah:
{إِلَّا آلَ لُوطٍ نَجَّيْنَاهُمْ بِسَحَرٍ}
… kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh
mereka keluar dari situ) pada waktu sahur
(Al-Qamar: 34)
(HR Al-Hakim di dalam al-Mustadrak,
bilangan: 4059)
Kualiti
❶ Al-Hakim
menyatakan: Hadis ini Sahih mengikut syarat Muslim tetapi dia tidak
merekodkannya.
❷ Ulasan Imam
az-Zahabi: (Hadis ini benar) mengikut syarat Muslim.
Al-Hakim, 8460
يَدْرُسُ الْإِسْلَامُ كَمَا يَدْرُسُ وَشْيُ الثَّوْبِ، حَتَّى لَا يُدْرَى مَا صِيَامٌ وَلَا صَدَقَةٌ وَلَا نُسُكٌ، وَيُسَرَّى عَلَى كِتَابِ اللَّهِ فِي لَيْلَةٍ فَلَا يَبْقَى فِي الْأَرْضِ مِنْهُ آيَةٌ، وَيَبْقَى طَوَائِفُ مِنَ النَّاسِ الشَّيْخُ الْكَبِيرُ وَالْعَجُوزُ الْكَبِيرَةُ، يَقُولُونَ: أَدْرَكْنَا آبَاءَنَا عَلَى هَذِهِ الْكَلِمَةِ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَنَحْنُ نَقُولُهَا " قَالَ صِلَةُ بْنُ زُفَرَ لِحُذَيْفَةَ: فَمَا تُغْنِي عَنْهُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَهُمْ لَا يَدْرُونَ مَا صِيَامٌ وَلَا صَدَقَةٌ وَلَا نُسُكٌ؟
Rasulullah bersabda, “Islam akan hilang seperti hilangnya hiasan pada pakaian, sehingga tidak diketahui lagi apa itu solat, puasa zakat dan haji, mahupun sedekah. Kitab al-Quran akan diangkat pada malam hari, sehingga tidak tersisa di bumi ini satu ayat pun. Yang tersisa hanyalah beberapa kelompok manusia, lelaki yang terlalu tua, dan orang perempuan tua yang lemah. Mereka berkata: Kami pernah dapati bapa-bapa kami berpegang pada kalimah La ila ha illa Allah, maka kami juga menyebutnya. Silah bin Zufar berkata: Kalimat Tauhid (La Ilaha Illa Allah) tidak berguna bagi diri mereka. Mereka idak tahu apa itu solat, puasa, zakat, dan haji.
Hadis Sahih : Kelebihan Istighfar, Menghapus Duka
مَنْ أَكْثَرَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
[Direkod oleh al-Hakim, 7677]
*Ulasan al-Hakim : Hadis ini Isnadnya Sahih, tetapi tidak direkodkan al-Bukhari dan Muslim.
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
[Direkod oleh al-Hakim, 7677]
*Ulasan al-Hakim : Hadis ini Isnadnya Sahih, tetapi tidak direkodkan al-Bukhari dan Muslim.
6 Golongan Dilaknat Oleh Allah dan Para Nabi
عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سِتَّةٌ لَعَنْتُهُمْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ وَكُلُّ نَبِيٍّ مُجَابٍ : الْمُكَذِّبُ بِقَدْرِ اللهِ ، وَالزَّائِدُ فِي كِتَابِ اللهِ ، وَالْمُتَسَلِّطُ بِالْجَبَرُوتِ يُذِلُّ مَنْ أَعَزَّ اللَّهُ وَيُعِزُّ مَنْ أَذَلَّ اللَّهُ ، وَالْمُسْتَحِلُّ لِحُرَمِ اللهِ ، وَالْمُسْتَحِلُّ مِنْ عِتْرَتِي مَا حَرَّمَ اللَّهُ ، وَالتَّارِكُ لِسُنَّتِي .
6 golongan yang aku laknat dan di laknat oleh Allah, dan para Nabi mengaminkannya. Mereka yang terlaknat itu orang yang menambah kitab Allah, orang yang mendustakan ketetapan Allah, orang yang menindas umatku untuk menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah dan memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah, orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, orang yang menghina keluargaku padahal Allah mengaharamkannya dan orang yang meninggalkan sunnah.'
6 golongan yang aku laknat dan di laknat oleh Allah, dan para Nabi mengaminkannya. Mereka yang terlaknat itu orang yang menambah kitab Allah, orang yang mendustakan ketetapan Allah, orang yang menindas umatku untuk menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah dan memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah, orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, orang yang menghina keluargaku padahal Allah mengaharamkannya dan orang yang meninggalkan sunnah.'
[Direkod oleh al-Hakim (Al-Mustadrak), 102]
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)